Tuesday, November 16, 2010

perginya seorang Sahabat, Qari dan Pemimpin..


Al-Fatihah buat sahabat ku Allahyarham Zulhilmi yang meninggal dunia semalam...berita di dini..Qari Johor Maut kemalangan... allahyarham merupakan sahabat dari SMKAJB ..pernah sekelas dengan arwah semasa tingkatan 1..saya juga bersama Arwah menyertai kelas Kemahiran Al-Quran..sama2 belajar taranum, qiraat, tajwid, tafsiran Al-Quran....

arwah merupakan seorang yang sangat baik, suka membantu orang, suka merapatkan silatul rahim seperti selalu mengadakan reunion...tidak pernah menyakiti hati orang..apabila beliau mengalunkan azan, bacaan Al-Quran seperti sangat-sangat syahdu, lemak merdu alunan suara arwah masih terngiyang-ngiyang diingatan..kali terakhir betemu dengan arwah pada 2 tahun lepas dan arwah menyapa saya...ketika itu saya baru pulang dari mengerjakan Umrah..bertanyakan khabar dan bagaimana keadaan di Madinah dan Mekah? dan arwah berkata amat rindu dengan Madinah dan Mekah...

saya amat terasa dengan pemergian arwah..walaupun kami tidak rapat..tetapi perlakuan arwah amat disenangi...apatah lagi ibu bapa kami berada di mekah mengerjakan Haji...semoga Ibu Bapa Arwah tenang dan tabah ketika mengerjakan haji...banyakkan bersabar dan redha kan lah perginya seorang anak yang sangat mentaati perintah Allah..nasyid ini pernah dinyanyikan oleh arwah untuk kita semua semasa berada di SMKAJB....buat arwah dan teman-teman SMKAJB terimalah Teman Sejati..


Love,
Izyan Ismail
P/S: orang yang Baik dan disayangi Allah selalu dipinjam kepada kita dengan sekejap...terima kasih sahabat kerana mengingatkan kematian kepada kami semua..semoga roh Arwah ditempatkan dikalangan orang yang berIman...Al-Fatihah...

3 comments:

Asyraf said...

al-fatihah...

fitrijohari007 said...

seorang bekas ketua pengawas smkajb yang berdedikasi..

al-fatihah..termenung seketika lepas baca msg yang sampai di handset..

Super daughter said...

Acap: thanks...even tak rapat ngn Arwah tapi aku terasa pemergiannya..

Fitri: yup, saya dapat berita melalui FB..arwah bukan sahaja pemimpin yang berdedikasi tetapi rakan yang sangat baik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails