Monday, November 1, 2010

resepi Kimchi



setelah meneliti semua resepi kimchi daripada internet..so saya pilih the best resepi lah..tanpa cuka so it's very healthy ...to my dear Gee and Sara sorry eh lambat beri resepi..sebab baru rasa Kimchi nih setelah diperam selama seminggu..yummy..and terpedas sikit muahahah...ok ini resepinya..

bahan-bahan peram..
2kg kobis panjang
2 sdm garam

bahan-bahan sos..
2 sdm cili kering yang dah digiling (sebab xada cili korea so guna cili kering..rasa pon sama jer )
2 sdm sos ikan.
1 sdm gula perang
1 sdm garam
1 batang daun bawang
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia (lebih kurang lah)

proses pemeraman....
1. basuh kobis panjang dengan bersih dan potong sepanjang 1 inci
2. gaulkan kobis panjang dengan garam dan biarkan semalaman

proses pembikinan sos..
1. kisar bawang putih, bawang besar dan halia
2. hiris daun bawang
3. gaulkan bahan kisaran dengan cili, sos ikan, garam, gula perang, dan daun bawang biarkan selama setengah jam..

proses campur sos dan kobis panjang..
1. guna sarung tangan campurkan sos dan kobis..pastikan semua kobis bersalut dengan sos.
2. masuk dalam Tupperware dan biarkan selama 4 hari dalam peti sejuk..dan boleh makan..

kalau korang suka pedas tambah cili, korang rasalah sos tuh ikut perasaan hati nurani korang eh..agak2 xcukup masin ker, pedas tambah sendiri ok..selamat mencuba..dah cuba sila beritahu yer..

Love,
Izyan Ismail
P/S: makan kimchi dengan maggi kari, and nasi panas..sedap betul..xpayah masak sayur lagi muahahaha....

20 comments:

Fatima said...

mmm it looks really delicious!

cahayasuci said...

wah...i nk try....nant gee bgtau k? hehe...thanks 4 d recipe..=P

Izyan Ismail said...

Fatima: thanks, selamat mencuba..

Gee: dah try post kat blog eh..heeehhe

Rini Jy said...

salam....
jalan2 mencari resepi kimchi, akhirnya terjumpa blog ni. sedap ye kimchi, nak try la nnt :)

FarRa said...

salam.. sis izyan,
sy br jew buat kimchi ikot resepi u.
sy kurangkn bhn coz nk buat cket jew dulu. fist time.. hehe..
nk tanya, apa rasa sos dia?
sy punya rasa bwg kuat sgt la.. tlbih kot.. so, x tau lg la apa jdnya nnt,.. apapon, thanks 4 the recipe.

Jelita Baker said...

x sabar mau cuba... thanx.. tercapailah hajat lepas ni..

NURFARHANA said...

klau x letak dlm peti sejuk x per ker...sbb nk bwk blik kampus..hehe

Yas Sara said...

Salam sis Izyan.. jln2 sini cari resepi kimchi..thanks 4 sharing..

Ronaldhrah Wisely said...

ou bestnyer, nak try buat lah, cam senang jer..first trial mesti x sedap mana sy buat, hahaha

mOoN said...

weeee... thanks for the resepi.. memang tengah ngidam nak makan kimchi... penangan drama korea la ni... hehehe....

Budak Giler Cadbury said...

kalau x bubuh sos ikan boleh x

Eda Mariati said...

sedapnyer... tengok pic dah kecur dah. hehehe... nanti nk cuba jugak. sy ni peminat kimchi :-)

Izza-Crystal said...

hahaha, finally found the recipe. searching for it since addicted to Korean drama. TQ for sharing the recipe. done bought the ingredient. goin' to make it today. TQVM ^_^

Izyan Ismail said...

thanks for reading and try the recipe, anyway saya berasa sangat bersalah kerana mengababaikan comment-comment anda..I'm not good in blogging, so I ingat tak ada orang will comment my post...anyway please try this recipe..and if you want to share how the Kimchi look, please upload here...
Thank you very very much for all the comment..nanti kita share another korean recipe okey..
Love Love Love,
Izyan Ismail

@RyuEe said...

Akk cili tu xpayah masak ey??

Izyan Ismail said...

nope..xpayah masak cili tu..senang kan...sebab kan selalunya kita nak buat cili giling, kita rebus dulu cili tu baru blender, so dah kira masak ...selamat mencuba...

ladyBird said...

hai, salam..
nak tanya, masa nak campur cabbage dengan sos tu, cabbage tu tak payah basuh dulu ea? sebab cabbage tu kan diperapm dengan garam.

haryatie Yahya said...

semenjak saya ni vegetarian , leh x kalu x guna sos ikan dan ganti dgn lain ?-Mohon respon :D

Super daughter said...

Lady bird: awak kena bilas cabbage tu dulu, kalau tengok instruction kena bilas 3 kali tekan cabbage tu bagi keluar air bilasa dia.. Slamat berKimchi

Haryatie Yahya: sos ikan tu buat kimchi masin, kalau tak nak letak boleh lebihkan garam, and try letak secukup rasa, maybe boleh ganti rasa sos ikan tu.. selamat Berkimchi..

nurulhuda alias said...

banyak rupanya resipi kimchi

http://vitaminboutique.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails