Saturday, June 8, 2013

Perbezaan Lelaki Soleh dan Alim


Whoever knows me well will know what is my perception towards alim men?? It's different between lelaki alim and lelaki soleh.. Sangat berbeza.. Before I start my entry, I would like to apologize if my words will hurt all of you...  Pengalaman saya selama 25 tahun, pernah bersekolah agama selama 9 tahun, 2 tahun di sekolah sains dan 6 tahun di UiTM... Pengalaman yang sangat sikit tapi rasanya cukup untuk menjelaskan apa perbezaan lelaki Soleh dan Alim...because I pernah date with those alim men.. 

Perbezaan

1. Lelaki Alim suka menegur apa yang tidak disukaai oleh Allah, which is really good BUT dia pon sama kadang2 melanggar hukum Islam, for example: dating dengan girlfriend berduaan tanpa diteman pihak ketiga, padahal dia dah marah kawan2 dia dating .. However, lelaki soleh menegur dengan cara perbuatan, menunjukkan what is do's and don'ts...   

2. Lelaki Alim suka marah bertindak mengikut perasaan dengan menghentam orang sebab benda itu harammmm... (Pernah tengok cerita Aqashah berlakon yang semua haraammmm... Haraaammm) meanwhile, lelaki soleh akan menegur secara lembut sampai kita tak perasan pon yang dia menegur kita. 

3. Lelaki Alim sangat mudah untuk dikenali iaitu dia ni Ustaz cyber.. Always preach at social media or blogs etc, tapi bila suruh menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak remaja terus menghentam, menjatuhkan hukuman kepada pesalah... Meanwhile lelaki soleh, dia tak akan menunjukkan kepandaian dia melainkan orang bertanya... Jika diminta masalah keruntuhan akhlak remaja dia akan menolong... Contoh dalam latest video Mat Lutfi "sebelah sayap" nice video to watch.

4. Lelaki Alim suka mengorat perempuan dengan memberikan tazkirah nak tunjuk dia pakar dalam agama.. Perempuan pon cair.. "Owh inilah lelaki yang aku boleh jadikan suami, imamku" ... I pernah kena macam ni, my ex dulu mengorat beri tazkirah berjela- jela sebab dia budak KiSAS, bila jalan2 pegang tangan kalau kita tak sambut tangan dia nanti merajuk... But i become curious why kat Shah Alam tak pegang tangan.. So I ask him.. Why tak pegang tangan kan.. Dia kata nanti ustazah KiSAS dia nampak.. I said to him "Tuhan you Ustazah you lah"..  Somehow I don't like dating with guys like this tunjuk tahu agama tapi tak laksanakan... I ada berkawan dengan some bad boys, bukan yang jenis jahat mencuri or melanggar undang2 ..dia ni macam nakal lah, but he never ambil kesempatan with me.. Never hold my hand, his really good and respect woman even dia ada sikit nakal la... So you can see... Please woman, jangan ditipu dengan rupa paras kealiman.

5. Lelaki Alim senang dapat.. lelaki soleh susah nak dapat or jumpa... Kita sebagai perempuan hanya berdoa dan yakin dengan Allah siapa jodoh kita... Again, Jangan ditipu paras rupa alim mereka yang penting perbuatan dan hati... 

6. Sampai sekarang saya tak faham apa yang lelaki alim nak tunjukkan.... Kahwin poligami dan sebagainya, memanglah jodoh tapi saya still tak faham... Nak bagi payung emas untuk isteri, tapi bagi saya dari awak bagi saya payung emas, baiklah saya cari suami mualaf yang memang nak masuk Islam dan Allah menjanjikan mahliga di syurga nanti Insya Allah. 

7. Lelaki Alim suka menjatuhkan hukuman terhadap seseorang ..contoh sila tengok gambar2 public figure... Ada yang comment dah ada jatuhkan hukuman neraka.. Kita siapa nak jatuhkan hukum?? Kalau awak dah jatukan hukuman maksudnya awak dah mendahulukan Tuhan.. Awak Tuhan ker nak jatuhkan hukuman??

Kepada wanita di sana yang mendambakan lelaki alim sebagai suami, sila tukar doa anda.. Doakan untuk mendapat lelaki soleh yg dapat guide kita dunia dan akhirat. Setiasa yakin dengan Allah itu yang penting. Again, jangan sesekali terpedaya dengan apa yang awak lihat dan dengar.. Sila lihat dengan perbuatan mereka seiring atau tidak.. Pernah dengar pepatah alim alim kucing??.. 

Love,
Yan Ismail

P/S: confirm ramai lelaki yang tak suka entry saya.. Kalau tak suka mungkin awak lelaki alim..

7 comments:

gerhana luka said...

betul jugak apa yang Izyan hujahkan, mmg ramai lelaki yg rasa alim walhal selalu langgar hukum agama. kalau kita sebagai wanita yang dah tahu hukum-hukum agama mesti dapat bezakan yang mana lelaki alim dan yang mana lelaki soleh. pada pendapat saya lelaki yang soleh akan menjatuhkan pandangannya apabila melihat wanita tetapi sebaliknya yang alim tak mengalihkan pun matanya dari terus menatap wanita.
satu perkara yang sangat2 membuatkan saya geram ada juga lelaki yang bercakap pasal agama bagai nak runtuh langit tapi pakai seluar pendek sama jugak dengan dia menghina wanita muslim yang tak menutup aurat tapi bila terserempak dengan wanita bukan muslim pakai seluar pendek baju nampak ketiak matanya macam nak terkeluar melihatnya.

~~faizatul akma~~ said...

Betul tu..saya pon terasa sgt2x dilemma...nk tegur lelaki alim tu pon agama kite ni pon bknnye mendalam sgt..tetap ade kelemahannya..hanya mampu berdoa..smg ALLAH berikan hidayah kepada lelaki2x alim tersebut dan harap sgt lelaki soleh dpt mengekalkan kesolehannya sbb syaitan pernah berjanji tidak akan berputus asa utk menyesatkan seluruh umat islam di muka bumi ini...

Izyan Ismail said...

Saya setuju dengan kak Gerhana.. Lelaki Alim fikir darjat mereka lagi tinggi sebab mereka ada pengetahuan Islam yg banyak, sebab itu mereka boleh menghukum siapa saja..

Tak apalah faizatul, saya rasa kita tak perlu tegur mereka..sebagai perempuai kita haus bijak menilai siapa intan siapa yg pasir kan..

Mohd Khairul said...

wah! rajin update skang. haha!

ajira_digi said...

Lelaki alim is everywhere.
Lelaki soleh.found one.lose it.

Unknown said...

Setuju dgn penjelasan ttg lelaki alim.. tp since kita dah ada ilmu agama, takkan nak setuju dgn lelaki alim yg minta pegang tgn? Kalau dah mcm tu, tak alim la namenye..

Syazwan Izzuddin said...

Lelaki alim ialah lelaki yg tahu hukum hakam agama dan tahu ilmu agama. Lelaki soleh pula ialah lelaki yang baik . Yang taat pada agama. Sebenarnya kedua-dua ciri ini kena ada. Iaitu lelaki yang alim dan soleh. Dia alim, dia ada banyak ilmu agama dan dia juga merupakan lelaki yang soleh. Jadi, kedua-dua ciri ini iaitu alim dan soleh kena ada.

Dan ditambah pula dengan sikap-sikap yang lain seperti zuhud, warak dan sebagainya.


Allahua'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails