Monday, July 8, 2013

Resepi puding Oreo paling sedap


Kenapa puding oreo paling sedap?
Sebab ada lapisan milo and creamy biskut oreo!!
Semalam bff aku fara datang rumah with her husband,
Mulanya aku ajak dia jumpa kat luar sebab aku teringin nak makan roti tisu,
Tapi ma and ayah cakap,
Pengantin baru nak melawat rumah suruh fara datang rumah...
Baiklah dengar cakap orang tua,

So Aku masakkan puding oreo untuk fara and adi,
Aku pon blur, apsal aku tak masak lasagna untuk fara?
Simple sangat kawan datang rumah buta puding jer,
Next time lah fara, aku masakkan untuk kau.

Bahan2 
Satu packet agar2 putih
750ml air
140g gula (aku tak suka manis) 
1 tin susu cair,
2 sudu besar tepung kastard
3/4 cawan milo
1 bungkus oreo

Cara2 

 
1. Larutkan agar2 dengan air
2. Masukkan gula sampai larut
3. Tuang susu cair sentiasa kacau
4. Campurkan tepung kastard, pastikan tepung kastard dibancuh dengan air, kalau tuangkan terus dalam agar2 nanti dia berketul.
5. Sentiasa kacau sampai pekat dan mendidih, 
6. Slowkan api, jangan tutup nanti berketul agar2 


7. Asingkan 2 cawan agar2 dalam periuk lain.
8. Masukkan milo kacau sampai rata
9. Slowkan api, mula untuk melapis agar2


10. Resepi asal buat 3 lapisan,tapi sebab aku nak cepat so buat 2 lapisan je.
11. Masukkan agar2 putih dalam bekas puding,
12. Patahkan oreo macam gambar diatas.
13. Tunggu agar2 keras sikit, masukkan lapisan milo. Tapi jangan keras sangat agak2 macam puding tu keras lapisan atas so dah boleh tuang milo if terkeras sangat carikkan dengan garfu supaya melekat baru tuangkan lapisan milo 


Mesti pelikkan kenapa puding aku ada tompok2 milo kat atas, 
Sebab ini nak cepat,
Tak menyempat lapisan putih nak keras terus tuang,
Itu yang lapisan milo tercampur dengan lapisan putih.
Nasib baik sempat sejuk sebelum fara and adi datang.

Fara cakap sedap,
Aku tegok laki fara makan pon bertambah,
Kira sedap lah ni kan.

Selamat mencuba,
Tak faham sila tanya.

Love,
Yan Ismail



 


6 comments:

Unknown said...

awak, thanks utk resipi.. saya dah cuba dan berhasil...

Super daughter said...

Rieana, yeay..next time boleh buat lagi kan..senang je puding ni..

SITI NORULHUDA IBRAHIM said...

Assalamualaikum...
Saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi kongsi resipi puding ni...

memg sedap...sampai ade org nak order...waw!

Super daughter said...

wassalam,

thanks Norulhuda, Alhamdulillah nanti boleh buka business besar lagi..good luck!!

Cikgu Kalsom said...

nak tanya sis
agar2 sebungkus tu yg berapa gram?

Super daughter said...

salam cikgu kalsom
saya guna paket agar agar strips yg biasa tu tapi xperasan berapa gram.
selamat mencuba :) :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails