Monday, June 3, 2013

Bila nak kahwin??



Soalan yang paling popular untuk anak dara sepertiku .. Bila Nak Kahwin?? Kadang- kadang terlintas di fikiran aku menjawab pertanyaan makcik busy body dengan soalan yang sangat sensitif ..makcik ni bila nak pergi Haji?? Terasa kepedasan di situ, tapi aku bukan anak dara kurang ajar kebiadapannya.

Aku selalu memberitahu mamaku jangan tanya soalan Bila Nak kahwin kepada rakanku, terlalu sensitif, sama sensitif dengan soalan utk pasangan yg 10 tahun kahwin tapi belum ada rezeki mempunyai zuriat sendiri atau sudah berumur 50 tapi belum pergi haji lagi. 

Mungkin belum sampai jodoh kami untuk berkahwin, siapa yang tak nak kahwin..tapi bila menjawab belum sampai jodoh, ada saja kata- kata..tak berusaha macam mana nak dapat... Minta maaf aku bukan jenis perigi cari timba...aku bukan jenis perempuan yg mula melamar lelaki, itu bukan style aku.

Mungkin aku bersahabat dengan yg lebih berusia, dan aku melihat mereka tidak pernah kesunyian, enjoy with their life, ada sahaja aktiviti yg menarik... Melihat tiada masalah untuk enjoy tanpa pasangan membuatkanku rasa belum masanya untuk ada komitment atau serious terhadap sebuah perhubungan.

Munkin mama dan ayah tidak pernah bersuara atau risau bila aku mahu kahwin?? Sampaikan ayahku lupa yg umur anak daranya sudah 25 tahun, ayah selalu menanggapku masih bawah umur!!

Mungkin juga hatiku sudah terpaut dengan si dia, jadi susah untuk kuterima lelaki lain..walaupun hubungan kami tersangat complicated, tapi kerana cara si dia melayanku membuatkanku selalu membandingkan si dia dengan lelaki lain ( tidak dinyatakan nama disini sebab si dia stalker blogku) 

Terlampau banyak sangat kemungkinan kenapa jodohku agak lambat... Mungkin aku masih penganggur jadi aku belum kenal dunia ... 

Mungkin aku happy dengan duniaku sendiri, aku punya keluarga kecil yg sangat mencintaiku.. Aku punya kehidupan yg mungkin segelintir di luar sana mahu sepertiku, aku tiada masalah utk difikirkan, aku tidak sempurna tetapi aku ada cinta yg sempurna dari keluargaku ..itu yg lebih penting. 

Konklusinya tidak perlu risau bila aku mahu kahwin?? Kerana jodoh itu rahsia Allah... Aku tidak tahu apa kisahku seterusnya kerana itu semua rahsia Allah, mungkin bukan masanya untuk aku ada keluarga kerana Allah tahu aku belum bersedia untuk perhubungan yg lebih serious... 

Doakan aku

Izyan Ismail

5 comments:

gerhana luka said...

umur 25 tu muda lagi, bila sampai masanya jodoh akan hadir kerana ia sudah ditetapkan. tak perlu tergesa2 nak kawin hanya kerana orang lain dah kawin apa yg penting ada kerja supaya boleh balas penat lelah belajar sampai lulus... orang sekarang ramai yang kawin lambat sebab nak kukuhkan ekonomi dulu, tapi kalau dah ada pasangan yang ajak kawin apa salahnya.

Super daughter said...

Yup, i really agreed with you.. Yang penting puaskan hati sendiri dulu.. Sampai bila kita nak dengar cakap2 orang??.. Yang senang nanti Insya Allah kita dan family.. Anyway, thanks gerhana singgah my blog.

Nor Rimah said...

akk da 35 tahun ni dik... jodohnya belum nampak lagi.. so akk terima jer.. ngan famili pun akk da pesan sesiap, selagi akk belum buka mulut cakap nak kawin x yah la tanya... bt hati rasa pilu jer...lagipun xde jawapannya... wanita mana yg x nak kawin kan... bila tgk kengkawan bahagia dengan suami & anak masing2, dalam hati terdetik jugak bila agaknya akan merasa kehidupan yg begitu..tp rahsia dan ketentuan ALLAH kita x boleh nak sangkal.. kita punya perancangan mana sama dengan dgn apa yg DIA da rancang untuk kita kan... smpkan sedara mara kata cari laa plan laa jgn dok diam... kadang nak jer naik suara ngan derang bila ramai yg jenis mulut beracun kata memilih sgt la itu la ini laa.. tp nak marah pun x guna kan.... bukan leh dapat ribu2 sekali marah kat org kan.. hahaha... ayat yg selalu kuar dr mulut akk 'ari ni ari apa? jumaat ehh... esok pun boleh kawin perr.. sempat lagi yg penting nikah jer kan...hehehe'.. bila da jawab camtu derang gelak jer laa... hahaha

Super daughter said...

Semoga kak rimah bertemu jodoh kalau tidak di sini tapi di Akhirat, mungkin Allah merencana kebahagian yang lain pada akak..manalah tahu kena buka bakery dulu baru bertemu jodoh dengan sama yg minat....your cakes look so yummy!! Mungkin hidup berumah tangga adalah salah satu kebahagiaan,,tapi bukan itu yg punca utama kebahagiaan kita. Yang penting enjoy dan happy...

Unknown said...

bersbar lah ek..
ade je jodoh tu..
cume belum sampai aje..
ia akan tiba kalau kite kalau betul2 dah prepare aje :)

Kad Kahwin Online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails