credit to tudung people .. I adore her very much (the owner of tudung people)
saya sangat mengagumi rakan-rakan muslimah yang pandai berfashion terutama Hijabista, bagi saya asalkan menutup aurat sudah cukup (hijab mestilah labuh tutup dada)..but yesterday, saya ada terbaca twitter from Ustaz Saiful Islam mengenai perspektif beliau tentang Hijabista..
saya tak faham apa yang Ustaz Saiful Islam mahu sampaikan..mungkin ini adalah perspektif dari seorang ustaz..mungkin juga perspektif dari seorang lelaki yang agak pelik tengok fashion tudung masa kini..atau mungkin ustaz ingin menegur Hijabista yang tidak cantik dari pandangan ustaz...mungkin juga wanita yang memakai tudung labuh adalah yang terbaik..entahlah saya bukannya arif untuk mengupas topik menutup aurat, tapi the main objective why I create this entry, is to create awareness for Ustaz and others know why the Hijabista exist.,.
Bagi saya. kenapa saya perlu pandai menggayakan tudung fashion terkini kerana itu adalah kerana ini sebahagian dari dakwah saya untuk mengajak rakan-rakan yang belum terbuka untuk berhijab... ada rakan-rakan yang takut untuk memakai hijab sebab "kolot", "tak cantik", "tak boleh fashion"....tapi dengan menunjukkan cara berhijab pon boleh berfashion, up to date, nampak cantik , confident dan sebagainya...
Alhamdulillah, ada antara rakan saya yang belum terbuka hati untuk berhijab, menyatakan hasrat untuk jadikan saya sebagai role-model bila mereka ingin berhijab suatu hari nanti....this is really amazing, I'm proud of my self, that means saya sudah berjaya dalam dakwah kecil saya...
mungkin ustaz Saiful islam tak faham...wanita dan fashion sangat tak boleh dipisahkan..mereka ibarat lelaki dengan video games, lelaki dengan bola sepak, lelaki dengan kereta...
tetapi ada juga salah seorang rakan saya yang bertudung labuh menegur kalau pakai tudung berfashion mesti malas nak solat jika keluar rumah sebab nanti kena buka balik tudung and nak pakai balik susah, saya sangat setuju dengan pendapat beliau, tapi apa salahnya kalau masa boleh solat cari fashion hijabista yg simple but look elegant, and bila period tak boleh solat masa tu lah nak melaram bagai kan...
Turban mula popular bila Yuna menggayakan fashion ini, and ramai yang dah ikut,bagi saya apa salahnya asalkan tahu cara pakai turban yang menutup aurat..mungkin ustaz Saiful islam pelik dengan cara pemakaian turban, maklumlah benda baru..
class presentation
Krabi trip
dari segi pemakain turban, saya rasa confident bila pakai turban but banyak remeh kena jaga (leher kena tutup, rambut kena pastikan jangan keluar)...BUT I feel very classy and so comfy when I'm wearing turban.. rasa sangat up to date dan kemas...
so kepada lelaki di luar sana, saya setuju ada yang fashion nampak pelik, tapi dari segi menegur sila cara berhemah, kami wanita berhati lembut, kami bukan lelaki yang anda semua boleh bercakap kasar... kalau cara kasar, takut nanti anda akan berjumpa dengan INCREDIBLE HULK VERSION HIJABISTA....
Love,
Izyan Ismail