Tuesday, November 30, 2010

Burung yang Comel dan Kejam...



salahkan dia burung biru yang sangat comel tetapi kejam kerana membuatkan saya malas untuk update blog...muahahahaha....iyer twitter telah meringkaskan hidup saya...tiada lagi membebel dan menjadi nenek muda yang memberi syarahan free....ceh...dah start pon..anyway follow me at twitter IzyanEzzy .....best betul follow twitter Mizz Nina and Noh Salleh tengok celoteh couple nih memang sangat understanding and sporting...

Love,
Izyan Ismail
P/S: menanti gambar konvo yang di edit...sambil-sambil tuh buat entry lain yer...

Friday, November 26, 2010

Tidur untuk Jelita ....


I need my beuaty sleep so freakin bad please!!!!
tidur itu penting untuk mengelakkan lingkaran bawah mata...tak padan (iklan fair & lovely)..
tak nak jadi panda bear masa ambil gambar konvo eh..
lagi pon concealer sudah tinggal sikit..ops kantoi...muahahaha..
cepatlah tidur datang padaku...
tak dapat tidur after subuh coz banyak giler urusan...
wah menci..menci...menci....

Love
Izyan Ismail
P/S: mata sudah menjadi kuyu, layu dan sepet ..tiada lagi mata sebundar Aishwarya Rai...muaahahah...perasaan terlebih apa ....

Wednesday, November 24, 2010

Mengelakkan mati muda sebab stress...

ok memang sangat stress bila segala bentuk keputusan hal rumah tangga di atas bahu orang yang belum berkahwin..eh? apsal ayat pelik..maksud saya bila saya seorang yang single...terpaksa menguruskan segala bentuk hal rumah tangga setelah keberangkatan Ma and Ayah pergi Haji....alamak small matter lah...memang lah small matter kalau anda bukan Anak Sulung..hanya Anak Sulung yang Bertanggungjawab sahaja memahami...memang stress..lagi-lagi kalau dapat adik yang macam Lawyer kuat membangkang...nasib baik kakak dia pon sama-sama kuat membangkang gak....

Anyway kepada Mama and Ayah yang paling saya cintai di dunia ini...please kakak nak vacation..kakak boleh mati kalau tak pergi vacation sebelum kakak sambung study....pleaseeeeeee....(okey mama pun cakap drama lah kakak nih)...tapi ini serious ma...kakak sangat stress bila fikir macam-macam...ceh dah macam PM plak ..cik Izyan nih fikir masalah negara ker??...oklah sila hantar kakak ke ...tadaaaaaaaa

Venice, Italy....(banyak duit makcik...parent baru balik Haji eh)
eh silap-silap ini nak honey moon ngn Cik Abang Bakal Suami terchenta.... ceh sebenarnya hint kat bakal suami..if dia baca blog aku...

shopping kat Bandung..yeah!!!!!! ok membazir duit...lebih baik beli BB kan..tapi shopping wey ..memang best lah..eh izyan lupa ker..Ma dah beli macam-macam kat Madinah untuk awak...okey tak jadi ..sorry Bandung nanti kita ketemuin lagi ya..(feeling nak cakap Indon plak)

Sipadan Island...bestnyer..Saya Suka Awak ..Saya Suka Awak...Saya Suka Awak...boleh snorkeling..wah sangat mendamaikan jiwa hati nurani...sangat-sangat best..tolonglah....ceh muka dah berseri-seri nih nak minta budget from Ayah...

disebabkan kakak adalah anak ayah yang paling Ayah sayang dan memahami poket ayah...pulau tioman pon jadilah..asalkan kakak boleh snorkeling..pleaseeeeeeeeee....mesti Ayah cakap...sekarang musim ketujuh wahai puteri intan payung,,,,alah!!!!!!!!

Love,
Izyan Ismail
P/S: Alhamdulillah Ma and Ayah will come back on Saturday yeah!!! direct flight from Jeddah to Senai Airport...wah best best best...heart...





Tuesday, November 23, 2010

Pulang ke UiTM Shah Alam tanpa Dipaksa...

Jubah size S = Senteng..nak nampak Baju Kurung kat dalam muahahaha....

yeah!!! pulang ke Universiti Teknologi MARA tanpa dipaksa oleh sesiapa pun..haruslah wajiblah tanpa dipaksa sebab ambil Jubah Konvo..takkan nak pakai jubah Arab plak kan..kena halau nanti..dahlah BELAJAR 3 TAHUN NAIK PENTAS 10 SAAT....okey sila abaikan ini..kepada adik-adik yang baca entri ini..walaupun anda ambil Medicine yang belajar 5-7 tahun..teruskan niat murni anda..sebab tanpa anda nanti tak ada siapa nak operate kami..apa yang Kak Yan mengarut nih ha????

aktiviti melepak di PakLi menjadi pilihan..lihat muka yang macho semua yang tengah menahan lapar..hampir-hampir nak serang Dapur sebab terlampau lambat..nasib baik semua nih dah lama tak jumpa..so asyik tanya khabar diri, bf, tunang, suami, anak, baby dalam perut, scandal..eh melampau kat sini pon nak gossip gak ker....memang best pon...bising weekend saya dengan awak semua kan...yeah!!


perempuan di atas telah menjana ekonomi negara apabila mereka tidak berhenti shopping..Jakel>Ariani>SACC mall...alamak...nasib baik kat Vincci tak ada size..kalau tak memang aku borong eh..Jealous ngn Kak fifi...kenapalah kaki dia besar and kaki saya size Cinderella....kalau Cinderella ...mana Prince Charming??adakah awak yang sedang baca blog saya..iyer awak...ok ini terpengaruh ngn Fiza biler dia couple dengan blogger...hoi Izyan..kau nak juga ker couple ngn Blogger...nak2 ...cit berangan...

Love,
Izyan Ismail
P/S: kenapa tak tayang pakai Jubah Konvo? sebab tunggu konvo I lah baru official cket kan..lalalala....

Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha dari kami anak perantau di Negeri Sendiri....


Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan muslim dan muslimah yang berada di Malaysia, Mekah, Singapura, Indonesia, Russia, Jepun, Australia, New Zealand, USA, UK, dan semuanya...terutama kepada Ma and Ayah yang berada di Mina, malam nih melontar jamrah...love u both...tanpa ku sedari Air Mata ku mengalir...T_T

menu air tangan anak dara a.k.a Puteri Terbuang Izyan...

Nasi Ayam Honey Madu 4 Poligami =P

Puding Kastard berkuah with Nata de Coco..actually letak buah tapi kitorang tak suka buah...muahahaha

kepada sesiapa yang tidak balik kampung bertemu ayahanda dan bonda sila baca ini...

Love
Izyan Ismail
P/S: mak tiru menu jugak..muahahaha...sayang Mak muaaahhhh...sepatutnya Raya kat kuantan tapi ubat Alif dah habis stok kena ambil kat HSA... so terpaksa lah Raya kat JB...kawan ma and Ayah tanya..Atok and adik beradik Ayah kat Segamat tak turun sini ker??siapa nak jawab tuh...yang saudara sini pon tak call ajak datang rumah...kawan Ma yang ramai call ajak datang rumah beraya....

Tuesday, November 16, 2010

perginya seorang Sahabat, Qari dan Pemimpin..


Al-Fatihah buat sahabat ku Allahyarham Zulhilmi yang meninggal dunia semalam...berita di dini..Qari Johor Maut kemalangan... allahyarham merupakan sahabat dari SMKAJB ..pernah sekelas dengan arwah semasa tingkatan 1..saya juga bersama Arwah menyertai kelas Kemahiran Al-Quran..sama2 belajar taranum, qiraat, tajwid, tafsiran Al-Quran....

arwah merupakan seorang yang sangat baik, suka membantu orang, suka merapatkan silatul rahim seperti selalu mengadakan reunion...tidak pernah menyakiti hati orang..apabila beliau mengalunkan azan, bacaan Al-Quran seperti sangat-sangat syahdu, lemak merdu alunan suara arwah masih terngiyang-ngiyang diingatan..kali terakhir betemu dengan arwah pada 2 tahun lepas dan arwah menyapa saya...ketika itu saya baru pulang dari mengerjakan Umrah..bertanyakan khabar dan bagaimana keadaan di Madinah dan Mekah? dan arwah berkata amat rindu dengan Madinah dan Mekah...

saya amat terasa dengan pemergian arwah..walaupun kami tidak rapat..tetapi perlakuan arwah amat disenangi...apatah lagi ibu bapa kami berada di mekah mengerjakan Haji...semoga Ibu Bapa Arwah tenang dan tabah ketika mengerjakan haji...banyakkan bersabar dan redha kan lah perginya seorang anak yang sangat mentaati perintah Allah..nasyid ini pernah dinyanyikan oleh arwah untuk kita semua semasa berada di SMKAJB....buat arwah dan teman-teman SMKAJB terimalah Teman Sejati..


Love,
Izyan Ismail
P/S: orang yang Baik dan disayangi Allah selalu dipinjam kepada kita dengan sekejap...terima kasih sahabat kerana mengingatkan kematian kepada kami semua..semoga roh Arwah ditempatkan dikalangan orang yang berIman...Al-Fatihah...

Monday, November 15, 2010

BerTUNANG tanpa disedari...


Berhati-hati dalam menyebarkan notes dan menulis notes lagi2 yang melibatkan hukum syariah, sila pastikan ada Dalil Al-Quran dan Hadith sebelum mempercayai sesuatu hukum..sila rujuk Para Ulama' sebelum menjatuhkan hukuman...saya dapat notes ini dari FB..

.......................................................................................................................................................................

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.


Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

.......................................................................................................................................................................


ini adalah summary daripada cermah Ustaz Azhar Idrus..siapakah beliau??boleh rujuk di official website beliau...


jangan senang jatuhkan hukuman..sila rujuk para Ulama' dahulu..mungkin apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Azhar adalah untuk menghalang daripada para couple melakukan banyak dosa..sesungghnya couple tiada dalam istilah Islam..jangan bermain dengan istilah tunang..dan jangan sesekali menjatuhkan hukuman.,..kalau kita cetek ilmu ..sila tanya dengan para Ulama' ..sekarang nih saya perasan FB menjadi tempat untuk share semua dakwah..tetapi anda harus memilih dakwah mana yang benar atau terpesong..jangan sesekali mempercayai dakwah itu jika tiada dalil atau Hadith...sila bertanya dengan para Ulama' mereka juga ada FB dan blog ..antaranya ....

ustaz Zamri ,

ustaz mohd Zawawi,


walaupun anda bertunang atau tidak , batas antara seorang perempuan dengan lelaki yang bukan mahram masih ada..jangan ingat bila sudah bertunang..tunangan anda adalah suami anda..anda masih lagi di bawah penjagaan wali anda ..dan tunangan anda tiada hak dengan anda...hanyalah sebagai bakal suami anda sahaja..jika mahu meminta izin sila minta dengan wali anda bukan Tunang....setelah ijab dan kabul barulah anda di bawah penjagaan mereka...

........................................................................
Daripada Ma’qal bin Yasir katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,

“ Sekiranya seorang kamu dicucuk di kepala dengan jarum besar daripada besi lebih baik daripada menyentuh perempuan yang tidak halal”

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,

“Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah, dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang ia sukai”

-Riwayat At Tabrani-

Love,
Izyan Ismail
P/S: wanita sangat senang masuk syurga dan sangat senang masuk neraka ....


Saya cepat Bosan, Jemu dan Muak..


di sini saya Puteri Terbuang Izyan mengaku yang saya cepat bosan, jemu dan muak dalam segala apa bentuk saya buat...saya tidak akan jemu jika saya mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu benda..sebagai contoh ..saya tak pernah bosan terhadap membaca..berilah novel, majalah, surat khabar or even encyclopedia..saya tak kisah, saya akan baca tanpa banyak soal sebab saya jenis manusia yang ingin tahu terlampau sangat....memang dasar nerd... malahan jika anda berikan saya pengurusan majlis..saya akan menerima dengan senyuman yang sangat melebar sebab saya terlampau suka kan nya..atau pon kerja-kerja PR memanglah tak menoleh ke belakang laju jer .....company representative lagilah membuatkan hati saya tenang, dan tak gundah gelana...even banyak kerja tak ada masa tapi itu yang mebahagiakan kalau dah minat...

Tapi..saya akan bosan, jemu dan muak bila benda yang saya buat memang tak ada minat...contoh..jadi Guru or Lecturer..ya Ampun..memang tak ada minat dan bakat...even ayah cakap..kakak kalau kakak jadi Lecturer senang nanti anak and suami kakak....alamak no way ayah..kakak memang tak boleh mengajar...nanti darah tinggi naik..ceh alasan jer muahahhaha...and jika ada orang paksa saya benda yang saya tak ada minat...hmm tolonglah..jangan paksa yer...biar dia datang dari lahiriah dan hati perasaan nurani yang sangat mendalam...

saya pon cepat bosan dengan lelaki nih...kalau kawan lelaki tak ada plak perasaan bosan..mungkin tak melibatkan hati dan perasaan....memang betul saya tak mengharapkan lelaki sehebat Saydina Ali ..tapi kalau dapat Alhamdulillah....saya hanya mahu mencari lelaki yang sepadan dengan saya ..saya kan tulang rusuk kiri awak..so saya nak lengkapkan tulang kiri rusuk awak yang tak adalah....kalau saya bukan orangnya..sila jangan dekat dengan saya...ceh tetiba macam ada feeling plak yang bakal suami baca blog aku nih muahahahha....kalau baca best juga kan...dia dah tahu perangai bakal isteri dia..senang sikit nak handle bakal isteri dia nih...sebab tuh lah saya sangat memilih..bukan apa ..kita nak teman sampai mati taknaklah sekerat jalan jer kan...bukan macam pakai baju ...main tukar-tukar jer...tak nak lah macam tuh.....

Love,
Izyan Ismail
P/S: entri ini adalah selepas borak dengan acap..bila dia cakap..kau nih cepat bosan lah...nanti asyik tak puas jer...muahahahaa...aku tengah cari lah nih tuan empunya tulang rusuk kiri yang sepadan dengan aku kan...nanti tak adalah BOSAN!!!

Saturday, November 13, 2010

mencari Kasut Tumit Tinggi Merah Jambu...



Simple but look cute..siap ada bow lagi ....



tercantik, menarik memang Hot you alls.....
Tersangat Bomb!!meletup menggegar Dunia..



my Favorite... details with flower and leopard..love..


eh?? but nice bag...tapi nak buat apa bawak bag masuk dewan...menyemak jer...but it's so sexyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Love,
Izyan Ismail
P/S: mencari kasut tumit tunggi merah jambu untuk konvokesyen muahahaha....tapi dah ada kasut pink tapi terbuka nampak kaki..tapi mak cakap bukan nya nak masuk istana pon kena formal..masuk DSB jer..tapi macam nak cari tutup...ok karangan BM failed sebab banyak sangat penggunan tapi...tapi saya suka Awak Kasut Tumit Tinggu Merah Jambu...Love...

Monday, November 8, 2010

Kekasih hati ku seorang Engineer...



betul kekasih saya dulu adalah seorang engineer tapi itu dulu ok..bukan sekarang....memang berbeza antara kekasih Engineer dan Lawyer....memang lain lah tersangat lain kan....mana satu lagi best?? tak nak lah comment itu hanyalah sandaran pada kenangan terindah jer....muahahahah ..sila baca got this from FB.....

......................................................................................................................................................................

Why you should marry an Engineer Let me tell you why girls should eventually marry an engineer over a Law, Management, Arts or Medical School Graduate. He has three distinct advantages over the rest of the graduates.
Advantage 1: Secure lifestyle

An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too.
Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm.
Most management graduates have just failed on their first business plan.
The arts graduate is still looking for a job.
And the medical school graduate is still living in a hospital.

Advantage 2: Unmatchable industriousness
An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work.
You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one.
So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.)
And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.
Unlike the Lawyer who will argue with you.
The Management graduate who will try to control your spending, The Arts graduate who will 'change major'.
And the medical school graduate who will operate on you.
And you know what, it's really so easy to make engineer s believe that You are the 'one'. Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.

Advantage 3: An engineer boyfriend will never betray your trust.
Let me first tell you what is wrong with the rest of the others - The lawyers will lie about everything.
Management graduates will cheat your money.
The arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate.
Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that. Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you. plus they r cooler than the others 

.......................................................................................................................................................................

Love,
Izyan Ismail
P/S: siapa yang ada kekasih engineer memang akan terasa benar dan segalanya adalah benar...tapi korang kalau dah ada kekasih jangan nak mengada-ngada tukar plak..tak baik mainkan hati perasaan orang..hargailah insan yang tersayang..

Sunday, November 7, 2010

Wajah Jelita atau Busana mempersonakan...


Gorgeous dress with simple make up..


wajah Jelita with simple dress..

kalau nak menghadiri mana-mana majlis..tak kisahlah majlis kenduri kahwin, tunang, dinner, fashion show, reunion, high-tea, atau apa-apa pon..anda hanya diberi pilihan sama ada mahu Wajah Jelita atau Busana mempersonakan..cepat pilih..tak boleh pilih dua sekali nanti nampak serabut, messy, pelik tapi benar...

kalau saya...saya akan ikut mood.....kalau rasa nak make up lebih-lebih, pilih baju yang sangat simple and highlight to aksesori jer macam kasut, bag or rantai labuh, ring or gelang...tapi kalau ada bajet lebih teringin nak pakai dress yang stunning..make up sangat simple nampaklah inner beauty jer ...

nasihat ini selalu disampaikan oleh top designer macam Rizalman Ibrahim..kena pilih..jangan nak mengarut ambil sekali dua..nanti orang akan ketawa... anda akan nampak pelik and sarat...dan don't syok sendiri..lagi-lagi kalau anda di luar sana yang masih lagi pening tak tahu nak pilih busana apa untuk resepsi wedding anda.....so beware girls ..u know the best...

Love,
Izyan Ismail
P/S: akibat terlampau terpengaruh dengan America's nest top model cycle 15....so terhasil lah entri ini..

Wednesday, November 3, 2010

Ada apa Dalam Tudung??


sebagai salah seorang wanita muslimah yang memakai hijab...penjagaan rambut sudah menjadi satu kewajiban untuk pastikan cantik menarik dan tetap di bomb untuk bakal suami yang terchenta....ialah first impression nak tunjuk kat suami nih...hehehe...macam biasa antara dilemma orang yang memakai hijab rambut mereka kadang-kadang mesti..
1. frizzy hair
2. ada dandruff
3. rambut berbuah sebab basah terus pakai tudung
4. bau hapak..
5. kering dan rosak

ok rambut saya jenis frizzy..memang sangat sukar diurus..so dari start pakai tudung..segala macam bentuk shampoo saya dah try...cakap jer jenama apa..semua dah buat experiment pon..
cuma tahun nih Alhamdulillah baca 1 artikel ...mana boleh campurkan conditioner dengan shampoo..kena asingkan...dulu saya mengaku lepas shampoo malas nak conditioner ...malas giler tahap x hengat lah...

saya faham...dah lah pakai tudung so bersiap lama sikit lah kan...ehheeh..so senang jer..mula-mula korang shampoo and bilas pastuh terus pakai conditioner kena biarkan 1 minit..baru bilas bagi meresap nutrient..jeng jeng...rahsia rambut ku yang sekarang senang diurus mestilah menggunakan minyak kelapa...wey back to the basic lah...nak buat macam mana...dah try macam-macam chemical sekali minyak kelapa yang ok...muahahahah....after conditioner lumurkan lah minyak kelapa di setiap helai rambut jangan ada yang tertinggal pon....ulang selang sehari process nih pada waktu malam yer..
1. shampoo..
2. conditioner biar 1 minit bilas..
3. lumur rambut dengan minyak kelapa...

Izyan, mana nak beli minyak kelapa?? beli kat Mydin lagi murah dan mujarab (Mydin sila bayar yer dah promote kat blog saya)...saya pakai brand Zam Zam coconut oil ..kalau xsilap Rm 3.80 kot...nanti korang tengok jer lah yer..buat masa sekarang saya pakai shampoo Sunsilk damage hair..bila dah ok sekarang pakai yang Colour pink tuh...ok semoga ada apa dalam hijab kalian dijaga rapi yer...baru cun kan..

Love,
Izyan Ismail
P/S: dah sampai kuantan...esok nak melawat sedara kat EC mall...heheheh

Tuesday, November 2, 2010

Ibu hanya SEORANG, Isteri boleh Dicari Lain...



di malam yang hening ini,.tercari-cari aku apa entri yang terbaru aku nak tulis..apa yang menusuk kalbu di hari ini ingin aku kongsi bersama-sama para pembaca...iya ada sesuatu pada video ini..yang membuatkan air mata ku xberhenti mengalir..sangat sedih..sebab ia berlaku dalam keluarga ku sendiri...aku sebagai cucu hanya mampu melihat...malam ini akan kuluah kan segalanya....

aku memang rapat dengan wan...dari kecil sampai sekarang...wan pernah menjaga ku semasa wan dan arwah atok di sini...wan buatkan susu, masakkan makanan untuk aku...wan adalah ibarat ibu ketiga aku...wan sangat menyayangi SEMUA cucunya...wan xpernah membezakan cucunya...

wan sekarang terlantar di pembaringan...Alhamdulillah wan ada bibik a.k.a pembantu peribadi yang diupah oleh Mak...wan boleh bergerak ke toilet sendiri tapi dengan cara mengengsot...dulu masa wan sakit...aku pernah ambilkan wuduk wan, pakaikan wan telekung..beri wan makan..kadang-kadang suapkan wan...apa yang pernah wan buat untuk aku..semua aku pulangkan kepada wan...dan kadang-kadang bila kami ziarah wan..aku dan mama sama-sama angkat wan naik atas kerusi roda..bawa wan ke depan...aku paham kadang-kadang wan boring bila asik baring jer...wan dulu seorang yang aktif..pernah jalan-jalan di KL seorang diri ketika masih 50an..shopping katanya...bila dah tua, wan pun mahu merasai jalan-jalan..

kadang-kadang aku perasan wan seakan malu dengan dirinya yang xmampu untuk berdiri dan berjalan sendiri...wan malu bila dia nak ke toilet..pernah sekali..bila pakcikku ziarah wan..wan sampai tahan kencing bila pakcik dah balik..cepat-cepat wan mengengsot ke toilet....sebab wan xmahu anaknya melihat dia melepaskan hadas kecil..kalau dengan aku, mama, mak dan bibik ..Alhamdulillah wan xkisah...kadang-kadang aku rasa malu dengan bibik, bila bibik tahu semua pasal wan melebihi daripada anaknya...

bila mak tegur adik beradik mak sendiri..kenapa dah lama tak ziarah wan...ada yang marah balik..sibuk katanya...dan ada yang suruh mak berhenti kerja ...tapi bagi aku Mak dah berikan yang terbaik untuk wan...iya, memang mak xdapat jaga wan 24/7 tapi mak upah bibik untuk wan...mak belikan makanan tambahan atau supplement untuk wan yang mencecah sampai beribu ringgit...bila wan nak rantai emas dalam TV..mak belikan untuk wan..mak belikan wan baju raya, handbag baru yang berjenama ...mak belai wan macam arwah atok belai wan...jadi, mengapa suruh mak berhenti kerja?? kalau mak berhenti kerja...entah bila wan dapat apa yang mak berikan kat wan...

aku sebagai cucu hanya mampu melihat...sedih melihat wan..aku terfikir macam manalah bila aku dah tua nanti..menanti kepulangan anak ker??kepada anak lelaki aku nasihatkan...syurga kamu dibawah telapak kaki ibu...walaupun kamu seorang imam, ahli ulama' tapi jika kamu mengecilkan hati ibu kamu,kamu tak akan bau syurga hatta memasukinya....ingat taatilah ibumu..selalulah menzirah ibumu...IBU HANYA SEORANG ISTERI BOLEH DICARI LAIN....kalau asyik mendengar cakap isteri, tak kemana kamu di akhirat kelak...

aku hanya mampu memandang bila kamu mendengar kata isteri...ingat kamu juga mempunyai anak-anak lelaki..kamu mahu jika anak-anak lelaki kamu juga akan dicucuk hidung oleh isteri mereka?? oleh itu, dari sekarang kamu harus tegas kepada isteri dan anak-anak....kepada para isteri jika sayang dan cinta kepada suami kalian...sila pastikan SUAMI ANDA BUKAN AHLI NERAKA.....dan kepada para suami yang yatim piatu silalah ingatkan isteri anda menziarahi ibu dan ayah mereka..jangan biarkan isteri anda terleka dengan kebahagiaan yang anda berikan sehingga isteri anda terleka dan terlupa mereka juga mempunyai ibu dan ayah untuk diberi kasih dan sayang dari seorang anak....

Love,
Izyan Ismail
P/S: maaf entri ini agak keras dan sesiapa saudaraku yang membaca entri ini, jika tidak puas hati boleh terus contact yan..dan jangan cakap-cakap belakang..jika yan tahu ada yang cakap-cakap belakang ..yan akan terus berjumpa kalian merungkaikan permasalahan kita...korang mesti kenal yan macam mana kan..kalau nak settle depan-depan...love u all...

Monday, November 1, 2010

resepi Kimchi



setelah meneliti semua resepi kimchi daripada internet..so saya pilih the best resepi lah..tanpa cuka so it's very healthy ...to my dear Gee and Sara sorry eh lambat beri resepi..sebab baru rasa Kimchi nih setelah diperam selama seminggu..yummy..and terpedas sikit muahahah...ok ini resepinya..

bahan-bahan peram..
2kg kobis panjang
2 sdm garam

bahan-bahan sos..
2 sdm cili kering yang dah digiling (sebab xada cili korea so guna cili kering..rasa pon sama jer )
2 sdm sos ikan.
1 sdm gula perang
1 sdm garam
1 batang daun bawang
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia (lebih kurang lah)

proses pemeraman....
1. basuh kobis panjang dengan bersih dan potong sepanjang 1 inci
2. gaulkan kobis panjang dengan garam dan biarkan semalaman

proses pembikinan sos..
1. kisar bawang putih, bawang besar dan halia
2. hiris daun bawang
3. gaulkan bahan kisaran dengan cili, sos ikan, garam, gula perang, dan daun bawang biarkan selama setengah jam..

proses campur sos dan kobis panjang..
1. guna sarung tangan campurkan sos dan kobis..pastikan semua kobis bersalut dengan sos.
2. masuk dalam Tupperware dan biarkan selama 4 hari dalam peti sejuk..dan boleh makan..

kalau korang suka pedas tambah cili, korang rasalah sos tuh ikut perasaan hati nurani korang eh..agak2 xcukup masin ker, pedas tambah sendiri ok..selamat mencuba..dah cuba sila beritahu yer..

Love,
Izyan Ismail
P/S: makan kimchi dengan maggi kari, and nasi panas..sedap betul..xpayah masak sayur lagi muahahaha....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails