Friday, October 25, 2013

Resepi lasagna



Kalau orang yg kenal aku, mesti tahu aku ni jenis tak cerewet kalau bab makan. 
Semua boleh, malay, indian, chinese, western, korean, japanese etc...segala macam makanan yg belum aku try mesti nak try. Asalkan jangan pedas sebab perut aku jenis manja kalau terlampau pedas confirm camping dalam toilet. Kalau korean foods if dia tulis kat menu spicy jangan nak menggatal nak try. Sebab confirm memang pedas yg amat!!! 

Mukadimah gedik nak panjang, okey straight to the point, aku nak share resepi lasagna paling sedap and paling senang. Haruslang senang kan, tak ada maknanya aku nak menyusahkan diri nak masak beriya sangat. Entri ni aku anggap u all pandai masak jenis yg main campak je macam aku sebab aku jenis masak memang main campak je nak banyak mana bahan- bahan ni. And entri ni memang tak banyak gambar. Minta maaf eh u all nak share resepi tapi gambar pon tak banyak.

Bahan layer sos daging
Bawang putih 
Bawang merah
Daging kisar
Tomato
Cendawan
Lada benggala
Sos prego
Oregano
Black pepper
Chilli powder ( sebab nak pedas sikit) 
Garam
Secukup rasa maggi 

Cara nak masak sos daging
1. Tumis bawang putih, bawang merah sampai garing.
2. Masuk daging kisar tunggu sampai daging kisar masak.
3. Masuk tomato, cendawan, lada benggala kacau sampai dia layu.
4 masuk sos prego nak sedap letak 1 tin sos prego utk 250g daging kisar.
5. Seasoning dengan oregano, garam, black pepper, secukul rasa..and rasalah nak pedas letak chili
6. Tutup api
Sos daging ni boleh makan dengan spaghetti so terhasillah spaghtti bolognese. Senang kan.

Bahan layer sos putih.
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan fresh milk / full cream/ uht semua pon boleh
Chedder cheese or cheesedale
White pepper
Garam

Cara nak masak sos putih.
1. Cairkan mentega and campur dengan tepung gandum kacau sampai sebati
2. Campur fresh milk and kacau sampai pekat.
3. Campur cheedar cheese, aku letak 3 keping cheesedale.
4. Seasoning dengan white pepper and garam kacau.
6. Tutup api.
Sos putih ni boleh guna untuk buat macaroni cheese, and semua resepi pasta yg nak campur dengan sos cheese. 

Kepingang lasagna 


Meh sini aku bagi tips nak buat lasagna sedap.
Kepingan lasagna ni walaupon tulis oven ready. Tapi u all still kena masak dengan air panas macam masak spaghetti tu tapi sekejap je dalam 3minit, bagi dia lembut.
And JANGAN masuk sekali banyak nanti melekat.
So masuk sikit- sikit ye..memang jenuh lah kan..
What to do, nak makan sedap kena berusaha.
Kalau malas order je lasagna kat kedai.lallalala

Cara nak lapis lasagna.
1. First layer susun kepingan lasagna yg u all dah masak
2. Second layer, letak sos daging
3. Third layer, letak sos putih.
4. Ikut step first and final mesti sos putih.
5. Layer yg last tu u all tabur dengan mozarella cheese. Nak sedap tabur banyak cheese!!

Masuk dalam oven 180C untuk 30 minit. Ikut oven masing- masing.
Yumssss 


Selamat mencuba
Macam biasa,tak faham sila tanya

Love,
Yan Ismail.


13 comments:

xeon_204 said...

looks good dear Izyan!

cahayasuci said...

Sedapnye.....cravings la...

Super daughter said...

Khai, nanti u boleh masak sendiri ...

Gee, masaklah utk cousin saya merangkap tunang awak..

cahayasuci said...

Haha...tgu i leh properly jalan dlu..now i asik suh dia wt french toast je..hehe

marinahunny said...

Yan akk nk tnya lasagna slice tu rendam dlm air panas atau rendam dlm air mendidih?

Super daughter said...

Mariinahunny: hai akak sorry lambat reply, rendam dalam air mendidih sekejap je ..letak sekeping sekeping eh tak nak bagi melekat dgn yg lain. Selamat mencuba

Unknown said...

Assalamualaikum.. terbaik la resepi ni.. haha, aku cari pun sebab tunang aku suruh.. sebab dia nak try buat kan untuk aku.. haha.. auwm.. my favourite since I was a kid.. thank you very much for the resepi.. job well done.. keep up the good work.. :)

Unknown said...

Boleh beritahu kalau rendam kulit lasagna tu tak melekat ker bila angkat?? Rendam masa nak susun dalam bekas atau boleh rendam dulu pastu angkat letak tepi sebelum susun

Super daughter said...

Ridhwan: thanks sebab mencuba..lepas ni senangla boleh order ngn tunang je hehehe.

Sis engku: kulit lasagna ni mmg akan melekat so kena rendam satu2 sekejap pastu letak kt tepi...tak pon before nak susun rendam dulu baru susun kat loyang. Selamat mencuba :)

Unknown said...

Salam kak, nak tnye boleh x saya freeze lasagne yg dah siap susun tpi belum masuk oven?berapa lama die boleh tahan ye?

Unknown said...

Salam kak, nak tnye boleh x saya freeze lasagne yg dah siap susun tpi belum masuk oven?berapa lama die boleh tahan ye?

Unknown said...

Maaf mencelah. Sebenarnya blh je kalau nak buat mcm tue. Terhasillah lasagna frozen. Nak bakar defrost dulu baru blh bkar.

Unknown said...

Maaf mencelah. Sebenarnya blh je kalau nak buat mcm tue. Terhasillah lasagna frozen. Nak bakar defrost dulu baru blh bkar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails