Thursday, November 27, 2014

Resepi udang nestum


Salam darling readers,
Last saya makan udang nestum kat topspot kuching, sarawak 5 bulan  yang lepas (entry untuk kuching pon tak tulis lagi, minta maaf ye darling).
Cara masak udang nestum sama je dengan udang buttermilk.

Bahan bahan.
Udang
Bawang putih
Cili padi
Daun kari
Susu segar/susu cair
Butter/margerine
Telur
Tepung beras
Nestum
Garam
Lada sulah/putih

Cara masakan.
1. Perap udang dengan garam, lada sulah/putih biarkan sebentar then goreng separuh masak angkat letak tepi.


2. Tumis bawang putih, daun kari, cili padi sampai wangi and garing.


3. Masukkan udang yang sudah digoreng dan masukkan garam, lada sulah/putih.
4. Kacau sebati telur, tepung beras, butter/mentega, susu segar/cair dalam bekas lain sampai kembang sikit. Nisbah untuk bahan saya guna 2 biji telur, 2 sudu besar tepung beras, 3 sudu besar butter, 1/2 cawan susu segar.


5. Masukkan bahan- bahan yang sudah dikacau dalam kuali kacau sampai garing, kalau tak garing nanti nestum tak garing.


6. Kacau sampai garing macam pic kat atas.


7. Tutup api masukkan nestum sesedap rasa. Jangan kacau lama sebab if lama nanti nestum tak rangup.

Selamat mencuba darlings.

XOXO
Monterchef SuperDaughter.






2 comments:

Nour Leeman said...

Salam kenal..
Terus lpar tngok udng2 tu..
Senang je nak buat kan..thanks for the recipe

Super daughter said...

Nur zayyani: memang sangat senang resepi ni, selamat bernestum udang 😊

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails