Sunday, February 9, 2014

Kepada ibu bapa di dunia: Biarkan!


Bila dah berusia 25 tahun pelbagai pengalaman akan muncul, benda first kau belajar masuk sekolah, lepas dapat result UPSR, kau decide nak masuk sekolah mana itu pon kalau parent kau setuju, kalau tak setuju kau TERPAKSA ikut parent kau...budak umur 12 tahun mana tahu apa2 kan, basuh baju sekolah pon mak yang basuhkan ini nak masuk asrama. 

Lepas PMR, kau decide nak masuk aliran mana, sains ke, teknologi ke, sastera ke, akauntant ke, vokasional, or segala macam aliran cakap je semua ada...again itu pon kalau parent kau setuju.
Kalau tak setuju kau TERPAKSA ikut parent kau, giler tak ikut parent yang bagi kau makan okey.

SPM, dapat result cemerlang ke gagal ikut kau, lepas ni kau decide nak buat apa sambung belajar ke kerja ke buka business. Yang nak sambung belajar ada 2 jenis pelajar A and B , yang pelajar A ikut kau la nak further study mana nak further course apa semua ikut kau, kau yang nak study kalau kau failed  responsibility kau, parent tak masuk campur bagi kau freedom and doa restu asal kau bahagia.

Pelajar B kena ikut cakap parent nak further medicine, engineering, pharmacy, accountacy, law, semua yang gempak babe gaji ribu riban... TERPAKSA ikut cakap parent, tak ke gila dapat straight A's nak further course mass comm, performing arts, fashion designer, photography. Confirm la parent kau cakap kau giler membazir budak sekolah sains nak further arts... So, Pelajar B, TERPAKSA akur dengan parent ikut cakap parent. Walaupon hati bergolak nak further course lain. 

You all rasa yang mana lagi better life dia?? Pelajar A or Pelajar B... 
Kalau ikut common sense of course Pelajar B yang further high risk course life dia lagi better dari Pelajar A yang ikut suka hati nak further course apa kan ....
Tapi you all pernah dengar SURVIVAL HIDUP... Itu lagi penting dari course apa yang kau pilih bila nak further universiti.

Parent semua nak yang terbaik untuk anak mereka, kalau boleh apa yang parent tak dapat dia nak bagi kat anak, kalau tak boleh jadi doktor, parent nak anak dia jadi doktor, atau if parent doktor, confirm dia nak anak dia doktor, kalau tak siapa lagi nak mewariskan klinik kalau bukan anak kan.

Tapi pernah tak terfikir yang nak menghadap study siang malam, hadap lecturer, hadap bos semua kerja anak?? Bukan parent!! 
Pernah tak terfikir, kalau anak down, parent suka bandingkan dengan anak orang lain juga yang bagus bau wangi je.
Parent nak yang terbaik tapi tak semestinya yang terbaik itu terbaik untuk anak...ayat putar belit harap faham. 

So kepada parent, BIARKAN anak anda yang menentukan masa depan mereka...please jangan masuk campur hal mereka, anda hanyalah guidance bukan decision maker...
BIARKAN peduli orang kata asal hidup kita bahagia,
BIARKAN anak anda decide apa yang terbaik 

Ini bukan nak menakutkan, tapi bila menginjak umur 25 tahun, ramai rakan sebaya saya dikalangan sekolah sains bertindak ingin mencuba bunuh diri sebab tertekan dengan kerja dan study.
Yes, Budak sains yang pandai cemerlang pon boleh terjebak dengan suicide, walaupon sudah dibekalkan dengan ilmu agama yang maha hebat. 
Tapi Syaitan tak kenal anak imam, anak lawyer, anak doctor, menyesatkan pasti kerja kereka.

BIARKAN anak anda menentukan masa depan mereka, sebab akan datang lagi banyak benda baru yang kita tak tahu.

Love,
Super daughter
From Science student to Arts Student. 

P/S: next entry, SURVIVAL HIDUP ini saya belajar dari fakulti mass comm...nak Survive budak arts je pandai sebab tu ramai businessman di kalangan budak arts.

2 comments:

:::piEEsHaFiEe::: said...

Wah.luahan hati dan perasaan yang terpendam ye

:::piEEsHaFiEe::: said...

Wah.luahan hati dan perasaan yang terpendam ye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails