Wednesday, October 30, 2013

Sepenuh hati memendam

*google* 

Bila hati dipersimpangan dilema, 
Hati dah buat keputusan, tapi mulut mesti confirm cakap lain.
Alasannya nak jaga hati sendiri, jaga hati dia, jaga hati family, jaga hati kawan.
Walaupon sendiri rasa sakit hati, sendiri rasa termimpi, sendiri rasa merindu separuh mati.
Tapi tetap mulut cakap lain.

Bukan sebab tak nak jujur tapi sebab ego terlampau tinggi.
Lagi satu aku bukan jenis perigi cari timba, yang jenis menggeletis menggedik.
Di sana senyap, kita senyap... 
Di sana msg baru kita msg.
Itu prinsip aku,

Aku jenis yang memang tak pandai mengorat lelaki in real life.
Tapi kalau bab plan nak mengorat untuk orang lain memang hebat.
Diri sendiri macam rasa kaku.
Giler apa kau nak cakap "I love u" kat lelaki dulu??

Walaupun dah banyak kali aku diam.
Dan banyak kali aku tengok je orang yang aku suka terlepas.
Tapi aku senyum je.
Sebab aku jenis dia dah bahagia pon aku dah puas.
Mungkin ini bukan dinamakan cinta.
Mungkin ini namanya okey aku suka kat kau sangat
Sebab kalau Cinta kau pergi mesti kau frust kan.
Tapi jujur aku tak frust menonggeng, aku happy je tengok orang yang aku suka 
Bahagia..

Aku jenis kena tunggu orang start dulu.
Sebab aku tak nak nanti kemudian hari, anything happen aku yg dipersalahkan.
"Awak yang nak kahwin ngan saya kan jadi terima lah apa yang awak dapat"
Macam drama melayu kita selalu tonton kt TV.
Tak nak,
Aku tak nak macam tu, nauzubillah!!! 
Sebab aku akur lelaki jiwanya keras,
Hitam kata dia hitam lah..tak akan jadi pink, mint green, orange etc...

Aku faham dalam dunia kita mana ada jenis yang fairy tale kisah snow white, cinderella etc,
Cinta itu sempurna,
Tak ada!!!
Aku faham...
Ketidaksempurnaan itu menyempurnakan cinta kita.

Entry yang lepas aku dah cakap confirm aku dan si dia tak ada jodoh,
Tapi sebab aku marah sangat, aku kecewa, aku sedih.
Bila aku dan dia senyap.
Aku banyak fikir pasal aku dan dia.
Mungkin aku boleh tunggu dia,
Mungkin dia terbaik untukku.
Sebab dia terima aku seadanya.
Hati aku rasa macam tu,
Sebab kalau aku marah, aku gedik, aku nak manja, aku nak bagi ceramah ustazah pilihan,
Semua dia okey and tak pernah menganjingkan aku,
Tapi aku tak pernah menangis depan dia,
Ada jodoh nanti dia nampaklah air mata jantan aku.
Sebab aku memang susah nak nangis...
Tapi kalau tengok drama korea, hindustan yg family movie.
Confirm air mata meleleh je. 

Kawan aku cakap,
Nanti bila dia tak ada perempuan nak dia,
Dia datang kat kau..
Maksudnya, bila orang lain dah tak nak kat dia,
Baru dia nak kat aku,
Itu aku tak pasti, tapi ada jugak betul cakap kawan aku
Sebab aku rasa macam aku ni second option untuk dia,

Aku mengaku bila bab cintan cintun ni,
Confirm aku bodoh, jahil, bangang!!!
Aku tak cukup ilmu pasal cinta mencintai.
Aku tak cukup pengalaman bercinta...
Tapi kalau nak kira jumlah ex adalah sebelah tangan je...
Tapi yang ex tu aku anggap kisah hujan gerimis dalam hidupku.
Setiap kali aku putus,
Mesti aku bertukar jadi yang lebih baik.
Itu mungkin hikmah ramai ex....
*Okey tak ada kaitan*

Aku dah buat keputusan,
Aku akan menunggu selagi termampu,
Tapi kalau ada yang lebih baik datang aku berserah pada Allah.
Yang pasti aku masih merindu dia.
Kalau ada jodoh adalah, 
Kalau tak ada aku redha...

To my dear yg I sayang sangat, I know you read my blog,
Itu je isi hati yang i pendam tak mampu nak ucap.

"Good things take time" 
Love,
Yan Ismail

Friday, October 25, 2013

Resepi lasagna



Kalau orang yg kenal aku, mesti tahu aku ni jenis tak cerewet kalau bab makan. 
Semua boleh, malay, indian, chinese, western, korean, japanese etc...segala macam makanan yg belum aku try mesti nak try. Asalkan jangan pedas sebab perut aku jenis manja kalau terlampau pedas confirm camping dalam toilet. Kalau korean foods if dia tulis kat menu spicy jangan nak menggatal nak try. Sebab confirm memang pedas yg amat!!! 

Mukadimah gedik nak panjang, okey straight to the point, aku nak share resepi lasagna paling sedap and paling senang. Haruslang senang kan, tak ada maknanya aku nak menyusahkan diri nak masak beriya sangat. Entri ni aku anggap u all pandai masak jenis yg main campak je macam aku sebab aku jenis masak memang main campak je nak banyak mana bahan- bahan ni. And entri ni memang tak banyak gambar. Minta maaf eh u all nak share resepi tapi gambar pon tak banyak.

Bahan layer sos daging
Bawang putih 
Bawang merah
Daging kisar
Tomato
Cendawan
Lada benggala
Sos prego
Oregano
Black pepper
Chilli powder ( sebab nak pedas sikit) 
Garam
Secukup rasa maggi 

Cara nak masak sos daging
1. Tumis bawang putih, bawang merah sampai garing.
2. Masuk daging kisar tunggu sampai daging kisar masak.
3. Masuk tomato, cendawan, lada benggala kacau sampai dia layu.
4 masuk sos prego nak sedap letak 1 tin sos prego utk 250g daging kisar.
5. Seasoning dengan oregano, garam, black pepper, secukul rasa..and rasalah nak pedas letak chili
6. Tutup api
Sos daging ni boleh makan dengan spaghetti so terhasillah spaghtti bolognese. Senang kan.

Bahan layer sos putih.
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan fresh milk / full cream/ uht semua pon boleh
Chedder cheese or cheesedale
White pepper
Garam

Cara nak masak sos putih.
1. Cairkan mentega and campur dengan tepung gandum kacau sampai sebati
2. Campur fresh milk and kacau sampai pekat.
3. Campur cheedar cheese, aku letak 3 keping cheesedale.
4. Seasoning dengan white pepper and garam kacau.
6. Tutup api.
Sos putih ni boleh guna untuk buat macaroni cheese, and semua resepi pasta yg nak campur dengan sos cheese. 

Kepingang lasagna 


Meh sini aku bagi tips nak buat lasagna sedap.
Kepingan lasagna ni walaupon tulis oven ready. Tapi u all still kena masak dengan air panas macam masak spaghetti tu tapi sekejap je dalam 3minit, bagi dia lembut.
And JANGAN masuk sekali banyak nanti melekat.
So masuk sikit- sikit ye..memang jenuh lah kan..
What to do, nak makan sedap kena berusaha.
Kalau malas order je lasagna kat kedai.lallalala

Cara nak lapis lasagna.
1. First layer susun kepingan lasagna yg u all dah masak
2. Second layer, letak sos daging
3. Third layer, letak sos putih.
4. Ikut step first and final mesti sos putih.
5. Layer yg last tu u all tabur dengan mozarella cheese. Nak sedap tabur banyak cheese!!

Masuk dalam oven 180C untuk 30 minit. Ikut oven masing- masing.
Yumssss 


Selamat mencuba
Macam biasa,tak faham sila tanya

Love,
Yan Ismail.


DIY lip balm

Sebagai wanita, menjadi satu kewajipan bila kita ada berpuluh lipstick, 
Bukan membazir tapi variety atau pilihan ikut mood kan,
So, what happen to lipstick yang memang kita tak guna.
Tipulah, if u all guna semua lipstick yg u all beli.
Sebab, i mengaku confirm ada ja lipstick yg memang dah tak guna pon.
So, i decide nak buat DIY lipbalm.
Check google, sangat senang je steps dia 


1. U all need lipstick lama, vaseline, and tin comel kosong.
2. Potong lipstick dan campur dengan vaseline. Jumlah dia mesti sama banyak 1:1 
3. Cairkan atas api guna senduk ke sudu ke ikut suka u all.
4. Dah siap lip balm DIY.

Steps yg sangat senang, budak sekolah rendah pon boleh buat.
Another weekend project on the list for u all. 

Love,
Yan Ismail


Saturday, October 12, 2013

Menunaikan haji pilihan ketika muda atau tua??


Sempena Hari Raya haji yang bakal tiba, saya ada banyak persoalan yang ingin diutarakan kepada rakan sebaya atau orang yg lebih tua dari saya.
Menurut pandangan anda bila perancangan anda ingin menunaikan haji?? 
menunaikan Haji adalah rukun Islam yg ke lima tetapi bagi yang mampu.
Tapi rasanya di Malaysia semua mampu menunaikan haji, sebab saya belum pernah pergi majlis kahwin yang tak meriah,semuanya meriah, makan sedap, pelamin hebat, baju cantik. 
Hantaran semua 10K keatas. 

Kita buat logic calculation.
Standart wedding paling murah jemputan seribu orang adalah 30K
Muhasasah tabung haji adalah 12K
Pakej (Rayhar) haji selesa hotel dekat 250M adalah lebih kurang 23K
Pakej selesa bagi menunaikan haji lebih kurang sama bayaran dengan wedding untuk ANAK-ANAK
Persoalannya apakah pilihan anda??

Alhamdululillah, saya sangat beruntung mempunyai mama dan ayah yang sangat mementingkan akhirat dari dunia. Kami bukan dari kalangan orang kaya, tapi ayah memilih untuk mengerjakan haji menggunakan khidmat pakej syarikat Rayhar untuk kesenangan mereka berdua disana.
Jumlah bayaran ayah dan mama ke haji lebih kurang boleh buat kenduri kahwin saya dan adik. 
Jumlah yang sangat besar, tapi sebenarnya sangat berbaloi bila menunaikan Haji. Alhamdulillah perjalanan haji mereka sangat lancar dan selesa. Hotel dekat, makanan lebih dari cukup, semuanya sangat selesa.

Saya selalu terfikir yang semua jemaah menunaikan haji menggunakan pakej Rayhar sama dengan mama dan ayah adalah dari kalangan orang kaya kecuali kami memang bukan orang kaya.  Yerlah jumlah sangat besar, baik ikut muhasasah kan itu pon masih ada lagi orang melayu islam kata tak mampu. Rupanya, ada di kalangan mereka yang mengikut pakej Rayhar dari golongan di bawah pendapatan rendah. 

Persoalannya kenapa mereka sanggup mengikat perut tolak kemewahan, kereta ala kadar, ambil pakej untuk 23K seorang..suami isteri dah jadi 46K!!
Jawapannya mudah, untuk kesenangan dan kelancaran ketika ibadah haji dilakukan. 
Dan saya sangat respect dengan kebanyakannya orang pantai timur, mereka tak mewah di Malaysia, tapi mereka sangat mewah ketika menunaikan haji. Mereka langsung tak berkira untuk mengeluarkan jumlah yang amat besar untuk kesenangan menunaikan Haji. 
Bila jumpa kawan mama dan ayah yang sama jemaah haji, terpancar wajah orang yang ikhlas dan sangat baik hati. Mereka adalah kalangan yang tak peduli masyarakat nak cakap taik kat belakang mereka. Tak kisah rumah kecik, tak kisah kereta buruk, tak kisah baju berulang kali pakai, tak kisah semuanya. 
Tapi yang mereka kisahkan ibadah untuk Allah. Mereka selalu berbual bila nak pergi umrah sama2.. Dan mereka TAK PERNAH tanya saya bila nak kahwin?? Which is I love them.. 

Saya ada banyak persoalan, kenapa orang melayu Islam kita tanya bila nak menunaikan haji??mesti confirm jawab nanti dah tua baru nak pergi haji...bagi orang muda macam sebaya saya, bila nak menunaikan umrah?? Jawapannya takut sebab banyak dosa .. Oh kenduri kahwin anak lagi penting kena meriah.. Rumah nak kena renovate untuk anak cucu balik kampung..anak2 kecil lagi siapa nak jaga bila pergi haji?
Banyak sangat rintangan sampai lupa kita ni Hamba Allah bukan Hamba Anak. Yerlah barangkali sudah akhir zaman apabila ibu melahirkan tuan. 

Teknologi sudah moden, awak surf je youtube Makkah Live, Madinah live, dah boleh tengok macam mana keadaan di sana. Awak tahu keadaan sekeliling, tenaga awak badan awak, menunaikan haji perlu tenaga yang banyak, kekuatan fizikal dan mental. 

So, kawan - kawan ,nasihat 10 sen saya, sila pergi umrah dulu feel macam mana, tawaf, saie, solat di raudhah, solat di hijr ismail, pandang kaabah, solat di masjid nabawi, minum air zam zam, nak mandi air zam zam pon boleh tak siapa halang,  semua itu tak ternilai yang kita tak akan dapat di mana- mana. Insya Allah semoga kita akan jadi generasi orang muda sahaja yang menunaikan haji.

Nasihat saya kepada ibu-ibu, ayah-ayah, atok, nenek... Sudah sampai masanya melepaskan segala tanggungjawab di dunia. Tumpukan kepada ibadah kita. Persetankan dengan masyarakat yang bawa mulut taik cakap kenduri kahwin tak meriah, rumah tak besar. Sampai bila nak jadi hamba anak, hamba duit, hamba masyarakat. 

Kepada rakan- rakan yang ibu bapanya belum menunaikan haji, luangkan masa bawa mak ayah pergi daftar haji, murah je RM 1300.. Apalah nak dibandingkan dengan mak ayah yg besarkan kita. Kadang- kadang kita sebagai anak, Allah kurniakan untuk mengingatkan ibu bapa kita, sudah sampai masanya mereka menumpukan ibadah mereka dan melepaskan tanggungjawab kepada anak- anak. 
Kalau ada rezeki lebih adik beradik, berkorban lah kumpul duit hantar mak ayah ikut pakej haji yg selesa...

Kalaulah anda semua tahu macam mana keadaan muhasasah tabung haji, boleh manangis kita...
Sedangkan mama dan ayah ikut pakej rayhar saya boleh risau teramat sangat, sebab tahu keaadan haji sangat mencabar dengan beribu-ribu jemaah yang lain. Senang cakap sila tonton tv astro oasis, tv alhijrah semua tunjuk betapa ramainya umat islam yg menunaikan haji... 
Tak risau ke hantar mak ayah yg dah tua umur 60, 70, 80 baru nak pergi haji??tak risau ke??sedangkan saya yang umur 21 tahun menunaikan tawaf dan saie, terasa cabaran dengan ramai orang penatnya lain. 
Kita boleh berdoa mohon kelancaran, tapi kita boleh berusaha berkorban harta dunia wang ringgit untuk kesenangan menunaikan umrah dan haji. Semuanya pilihan di tangan kita. 

Pilihan ada dihati kita...ikut cakap orang boleh mati sebab orang selalu bau busuk kita. 
Tapi kalau ikut Alquran dan Assunnah, Insya Allah hidup kita akan diberkati...selalu berdoa supaya kita menjadi tetamu Allah, jangan pernah risau, balik dari haji nak makan apa sebab semua duit simpanan dah bayar ke Haji...percaya dan yakin dengan Allah yang rezeki semua datang dariNya.

Pemikiran budak hingusan yang teringin nak menunaikan haji,
Yan Ismail


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails