Saturday, July 13, 2013

Hadith cinta


Dari dulu, aku teringin untuk mengkaji Hadith 40 Susunan Imam Nawawi.
Sepanjang bulan Ramadhan fashion Designer terkenal Dian Pelangi menyeru kepada semua muslimah untuk menyertai 30 days Hijabi Photo challenge.
So setiap hari ada tema untuk upload di instagram.

Tema untuk hari keempat adalah favourite Hadith.
I've decided to research about Hadith 40,
What I've found is the best hadith mention about spreading love. 

Hadith 13

"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Pengajaran hadis:

Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.

Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata. Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Credit to Mysaffiyah.wordpress.com

Islam mengajar kita untuk saling menyayangi,
Bukan saling membenci atau dengki,
Tapi sayangnya dengan dunia yg penuh kemodenan,
Sepatutnya Manusia semakin menyayangi,
Tetapi ketamadunan Manusia menjadi bodoh,

Cinta bertukar jadi dengki,
Sayang bertukar jadi Benci,
Kasih bertukar jadi khianat.

Tak payah nak pergi jauh,
Scroll je Facebook,
Mesti ada banyak fitnah berlaku,

Kadang2 aku pon pelik,
Kenapa manusia suka menghukum sesuatu,
Sedangkan kita bukan Tuhan untuk menjatuhkan hukuman,

Ada yang kata kita perlu menegur ummah untuk lebih maju kehadapan,
Tetapi tak perlu menjadi keyboard warrior,
Menyalak di alam maya,
"Apsal kau tak pakai tudung?"
"Seksi masuk neraka"
Pernah tak walau sesaat terlintas difikiran,
Nasihat yang diberi adalah aib seseorang??
Katanya nasihat tetapi seperti menjatukan maruah yang dinasihati,
Bila di realiti diam seribu bahasa.
Islam tak ajar kita memalukan orang. 

Apa yang kita perlukan kasih sayang,
Islam mengajar untuk menyayangi,
Rasulullah yang kita sanjungi adalah seorang penyayang,

Muslim please spread the love,
Sebarkan cinta,
Buangkan benci,

Yang Menyebarkan Cinta
Yan Ismail


Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan


Situasi di waktu petang: 

Aku: fina, esok tak payah puasa lapar nanti
Fina 7 tahun sengih2,

Mungkin ramai yang tak suka konsep aku tidak menggalakkan puasa di kalangan kanak2,
Sebab Ramadhan bukan sekadar puasa tapi perlu jaga akhlak,
Perlu jaga ibadah wajib, kurangkan dosa,

Aku sangat tak bersetuju bila ada parent bagi upah puasa,
Satu hari RM 2 katakan,
Sebab aku pernah nampak jiran aku tipu parent dia tak puasa,
Depan parent puasa sebab nak upah...

Bila dah besar,
Konsep Ramadhan dah jadi lain,
Bukan sekadar berpuasa,
Tapi ibadah lain perlu ditingkatkan,

Ramadhan tahun ni, ma ajak kami 4 beranak tilawah AlQuran, 
Aku tak bersetuju dengan ma sebab bagi aku dah banyak kali khatam,
Tapi aku tak faham makna AlQuran,

Serious,
Hanya tahu membaca AlQuran tapi langsung tak faham!!

So, aku ajak mama kita buat tilawah tafsir, 
Alhamdulillah, esok kita start 

Yeay!!! 

Selamat Menyambut Ramadhan,
Tingkatkan Ibadah kurang kan dosa,
Jangan dikejar pahala dan bonus,
Yang penting ikhlas!! 

Love,
Yan Ismail

Monday, July 8, 2013

Resepi puding Oreo paling sedap


Kenapa puding oreo paling sedap?
Sebab ada lapisan milo and creamy biskut oreo!!
Semalam bff aku fara datang rumah with her husband,
Mulanya aku ajak dia jumpa kat luar sebab aku teringin nak makan roti tisu,
Tapi ma and ayah cakap,
Pengantin baru nak melawat rumah suruh fara datang rumah...
Baiklah dengar cakap orang tua,

So Aku masakkan puding oreo untuk fara and adi,
Aku pon blur, apsal aku tak masak lasagna untuk fara?
Simple sangat kawan datang rumah buta puding jer,
Next time lah fara, aku masakkan untuk kau.

Bahan2 
Satu packet agar2 putih
750ml air
140g gula (aku tak suka manis) 
1 tin susu cair,
2 sudu besar tepung kastard
3/4 cawan milo
1 bungkus oreo

Cara2 

 
1. Larutkan agar2 dengan air
2. Masukkan gula sampai larut
3. Tuang susu cair sentiasa kacau
4. Campurkan tepung kastard, pastikan tepung kastard dibancuh dengan air, kalau tuangkan terus dalam agar2 nanti dia berketul.
5. Sentiasa kacau sampai pekat dan mendidih, 
6. Slowkan api, jangan tutup nanti berketul agar2 


7. Asingkan 2 cawan agar2 dalam periuk lain.
8. Masukkan milo kacau sampai rata
9. Slowkan api, mula untuk melapis agar2


10. Resepi asal buat 3 lapisan,tapi sebab aku nak cepat so buat 2 lapisan je.
11. Masukkan agar2 putih dalam bekas puding,
12. Patahkan oreo macam gambar diatas.
13. Tunggu agar2 keras sikit, masukkan lapisan milo. Tapi jangan keras sangat agak2 macam puding tu keras lapisan atas so dah boleh tuang milo if terkeras sangat carikkan dengan garfu supaya melekat baru tuangkan lapisan milo 


Mesti pelikkan kenapa puding aku ada tompok2 milo kat atas, 
Sebab ini nak cepat,
Tak menyempat lapisan putih nak keras terus tuang,
Itu yang lapisan milo tercampur dengan lapisan putih.
Nasib baik sempat sejuk sebelum fara and adi datang.

Fara cakap sedap,
Aku tegok laki fara makan pon bertambah,
Kira sedap lah ni kan.

Selamat mencuba,
Tak faham sila tanya.

Love,
Yan Ismail



 


Saturday, July 6, 2013

Ikhlas wahai pencinta


Baru lepas khatam blog fyn jamal and her husband tri,
Dulu, kawan aku Afiza Amin suruh aku baca blog fyn jamal,
Tapi hati aku memberontak, 
sebab aku tak faham,
Kenapa fyn jamal sangat gelap dan kasar,
Aku lupa dulu aku juga kasar,
Tapi siapa nak mengaku tahi sendiri kan,
Sekarang baru aku mengerti,
Mungkin dulu aku dalam dunia fantasi puteri,
Kini, bila dah jatuh terduduk,
Aku sedar langit tak selalunya cerah,

Tanpa sedar air mata mengalir membaca kisah hidup fyn jamal,
Betul cakap kak fyn,
Cinta itu ada,
Tapi kita kena yakin dan berserah kepadaNya,

Berserabut otak memikirkan yg sewajarnya,
Ikhlas
Ikhlas
Ikhlas

Ikhlas dalam menerima cinta,
Ikhlas memberi cinta,
Ikhlas dengan ketentuanNya,

Betul cakap kak Fyn,
Tuhan menguji kita untuk kita memilih,
Kita lebih sayang Tuhan atau lelaki yg muncul,
Maruah perlu dijaga bukan dijaja,

Terima kasih kak fyn,
Atas nasihat dan kisah hidup akak.

Love,
Yan Ismail

Friday, July 5, 2013

Resepi korean potato pancake (Gamjajeon)


Kalau korang pernah tonton korean variety show Family Outing mesti terliur dengan korean potato panckae yg selalu Hyori masak,
Aku pon tak ketinggalan terliur terus google resepi gamjajeon,
Blog korean recipe yg paling popular adalah maangchi.com

Bahan2 sangat senang
Kentang,
Garam,
Air,
Daun bawang,
Cili ( ikut suka hati nak pedas letak cili padi, tak nak pedas letak capsicum, aku letak cili hijau) 

1. Korang blender kentang campur air and garam secukup rasa.
2. Tapis kentang 
3. Buang air tapisan, nanti bila buang air tapisan kentang, korang akan perasan bawah mangkuk ada lapisan pati kentang, yang pati kentang korang campur dengan kentang yg sudah ditapis
4. Campurkan kentang dengan cili dan daun bawang,


5. Goreng lah macam biasa buat pancake.

Alif cakap sangat sedap macam Family outing
Feeling dah mcm Hyori
Kembang hidung
So selamat mencuba 

Sarangheo,
Yan Ismail 



  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails