Wednesday, August 14, 2013

Kunci hati.



Effort atau usaha!!!
Effort nak belajar, nak bercinta, nak bekerja, nak kahwin, nak ada zuriat, nak beli property semua perlu ada effort...kalau duduk diam senyap membisu, benda tak akan datang bergolek. 
Aku nak fokus satu perkara yang selalu dipandang remeh oleh manusia, iaitu effort dalam bercinta.
Dari pengalamanku bercinta...lelaki selalu nampak effort dia masa belum dapat, bila dah dapat.
Aku bagi masa 3 bulan je paling baik, paling romantis, paling bagus lah segalanya. 
Tapi lepas je 3 bulan terus nampak belang harimau cheetah semua ada. So kita senaraikan 3 fasa dalam percintaan. Pre love, love, and post love.

Pre love (sebelum bercinta)
Sebelum nak dapat macam-macam effort. Janji manis terukir nan indah, i sanggup buat apa je demi u, i terima u seadanya, i akan selalu temankan u, i sayangkan u, i tu lah i ni lah, siap bagi hadiah walaupon tak mahal tapi perempuan tetap cair, kalau call jangan cakap sehari adalah sampai 10 kali call, sebelum pergi kerja call, dah sampai office call, etc, kalau perempuan ajak teman, okey je never say no, attention memang 120% dapat ...yang perempuan ni pon cair!!! Biasalah dah fitrah wanita , cair itu pasti, tapi bila dah terluka terus waspada. Man will be a good listener when he want you...sangat good listener. Semuanya tadah telinga. Wait till you see bila dah dapat.  

Love (semasa bercinta)
3-5 bulan je janji ditepati, lepas tu haram nak ikut, dah nampak sifat mengongkong dia, sifat pemarah semua ada. Owh ya, yang kata rindu sangat..but he never calls, susah nak percaya orang macam ni. Kata sayang, rindu , i nak u, tapi tak nampak effort dia nak call kita, tanya khabar kita, kita buat apa?selalu texting je, kadang-kadang we want to hear your voice nak tahu you ni serious or main-main. What woman really want is your attention!!! Susah sangat ke nak bagi?? Bukannya suruh call 24/7 ...sekali sehari pon dah ok. Itu bagi wanita yg middle 20s, yang teenagers aku tak nak comment. 
Effort untuk maintain the relationship terus tak ada. Bila ada lelaki lain yang bagi attention lebih kat perempuan tu, macam biasa cair lagi, jangan salahkan perempuan bila you tak ada effort nak maintain the relationship. Perempuan ni baik sangat sampai bodoh pon ada bagi peluang kadang-kadang sampai bertahun tapi bila dah tak tahan itu yang terus minta break. Itu aku, aku akan biarkan sampai melarat bila dah tak tahan sangat aku minta break, kadang- kadang bukan sebab ada lelaki lain, tapi sebab tak maintain the relationship and dah sejuk sangat!!! 

Post loved (selepas bercinta) 
Break terus , tak ada bagi peluang kedua ketiga, keempat semua tak ada, sebab dah kecewa. Yang si lelaki bila perempuan nak break terus ego naik tinggi, langsung tak nak pujuk. What woman want is you have to stand up for your love. Jangan mengalah boleh tak??kalau pujuk pakai air liur tak nampak effort dia. I've a friend, boyfriend dia pujuk buat banner besar just nak say "I'm sorry" . And another friend, Boyfriend dia tunggu depan lrt laluan dia selalu balik kerja with a big bouquet of flower sebab nak pujuk my friend. Bukan hadiah mahal just show the effort macam mana awak usaha nak dapat kan dia mula-mula dulu, macam tu lah awak kena pujuk minta peluang kedua ketiga keempat. 

Ini semua pengalaman aku untuk dikongsikan kepada para pembaca terutama lelaki. Aku dah bagi jalan mudah...mungkin yang akan baca ni umur 20-40 yang amat berguna untuk semua kaum adam. 

Love, 
Yan Ismail

P/S: Mr.K cakap jangan percaya lelaki sangat walaupun dah jadi bf or husband..thanks for the good advise my dear. 

Saturday, August 10, 2013

Raya Tak pernah Habis


Selamat hari raya kepada semua pembaca setia atau pon pembaca baru blog Izyan Ismail.
Di kesempatan ini, saya Izyan Ismail memohon maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa, terguris hati, menyampah dengan tulisan saya, atau pon segala TER yang kurang baik..
Maafkan segala kekurangan dan ketidak sempurnaan dari segi penyampaian dan penulisan saya. 

Raya tahun ni, tajuk saya fokus kepada Raya Tak Pernah Habis, sebab non stop makan, non stop raya, non stop dapat duit raya!!! Dengan alasan belum bekerja, Alhamdulillah masih layak mendapat duit raya. And for the first time, raya kali ni kita sambut di rumah dulu, selalunya mesti balik kg ayah di segamat or kg. ma, tapi disebabkan atas musabab yang tak dapat dielakkan kita terpaksa raya di rumah, lepas solat raya terus balik kg ayah di segamat, johor. 

Malam raya tu, mama dah plan nak pergi Plaza Angsana nak borong kuih raya!! First time pergi malam raya, memang meriah!! 10 botol RM100!!! Mama pon bergumbira beli kuih raya. Masak semua dah settle, Rendang minang, ayam masak hitam manis, sambal pengantin...kita tak masak sambal kacang bagai sebab confirm kat kg mesti atok dah masak. 

Enjoy the post pic raya. 

Inilah rendang minang special ada hati, limpa...kalah rendang johor sebab kalau nak masak rendang minang santan mesti berkilo2 baru sodap!!!

With baby hadi yusof siap bersamping baju melayu johor handsome!!!

Eid style for first day raya. Ini kali terakhir dengan Tukang Jahit Kam yang aku puji sangat tu...cancel nak hantar baju kat dia lagi, FAILED!!! Kena alter balik sebab besar, dia lupa buat dat kat depan.

Photo shoot kat rumah ayah long.

Rayyan tolong tok ngah petik buah manggis 






Hanya boleh menggedik dengan adikku sorang ni jer!!! Kak yan and Dayah memang tak boleh jumpa, mesti ada je nak posing!! Giler camera...



Raya ke 2 kita beraya di seremban and sekitar nogori sembilan sedara mara mama. 


Sarsaparila with durian!! Epic sangat, jangan makan kalau perut tak tahan.

Ini cucu saya!!! Comel kan... Hahahah Izyan Ismail dah jadi nenek...kalau kat nogori, orang panggil wan.. 

Raya ke 3 


Nampak tak pakai selipar je sebab malas nak buka2 kasut rumah orang. 

Yang penting duit raya!!!!thanks to abg eit yg aku sayangggggg sangat and pak long. Tahun depan jgn lupa bagi kat yan lagi heheheh... 

Selamat hari raya semua, kepada yang masih single sila enjoy puas-puas dengan family...sebab ramai kawan aku buat cerita sedih di pagi syawal kerana terpaksa beraya di rumah mertua...kelas korang...aku selamat lagi...lalalala..

Love,
Yan Ismail 














 




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails