Menurut pandangan anda bila perancangan anda ingin menunaikan haji??
menunaikan Haji adalah rukun Islam yg ke lima tetapi bagi yang mampu.
Tapi rasanya di Malaysia semua mampu menunaikan haji, sebab saya belum pernah pergi majlis kahwin yang tak meriah,semuanya meriah, makan sedap, pelamin hebat, baju cantik.
Hantaran semua 10K keatas.
Kita buat logic calculation.
Standart wedding paling murah jemputan seribu orang adalah 30K
Muhasasah tabung haji adalah 12K
Pakej (Rayhar) haji selesa hotel dekat 250M adalah lebih kurang 23K
Pakej selesa bagi menunaikan haji lebih kurang sama bayaran dengan wedding untuk ANAK-ANAK
Persoalannya apakah pilihan anda??
Alhamdululillah, saya sangat beruntung mempunyai mama dan ayah yang sangat mementingkan akhirat dari dunia. Kami bukan dari kalangan orang kaya, tapi ayah memilih untuk mengerjakan haji menggunakan khidmat pakej syarikat Rayhar untuk kesenangan mereka berdua disana.
Jumlah bayaran ayah dan mama ke haji lebih kurang boleh buat kenduri kahwin saya dan adik.
Jumlah yang sangat besar, tapi sebenarnya sangat berbaloi bila menunaikan Haji. Alhamdulillah perjalanan haji mereka sangat lancar dan selesa. Hotel dekat, makanan lebih dari cukup, semuanya sangat selesa.
Saya selalu terfikir yang semua jemaah menunaikan haji menggunakan pakej Rayhar sama dengan mama dan ayah adalah dari kalangan orang kaya kecuali kami memang bukan orang kaya. Yerlah jumlah sangat besar, baik ikut muhasasah kan itu pon masih ada lagi orang melayu islam kata tak mampu. Rupanya, ada di kalangan mereka yang mengikut pakej Rayhar dari golongan di bawah pendapatan rendah.
Persoalannya kenapa mereka sanggup mengikat perut tolak kemewahan, kereta ala kadar, ambil pakej untuk 23K seorang..suami isteri dah jadi 46K!!
Jawapannya mudah, untuk kesenangan dan kelancaran ketika ibadah haji dilakukan.
Dan saya sangat respect dengan kebanyakannya orang pantai timur, mereka tak mewah di Malaysia, tapi mereka sangat mewah ketika menunaikan haji. Mereka langsung tak berkira untuk mengeluarkan jumlah yang amat besar untuk kesenangan menunaikan Haji.
Bila jumpa kawan mama dan ayah yang sama jemaah haji, terpancar wajah orang yang ikhlas dan sangat baik hati. Mereka adalah kalangan yang tak peduli masyarakat nak cakap taik kat belakang mereka. Tak kisah rumah kecik, tak kisah kereta buruk, tak kisah baju berulang kali pakai, tak kisah semuanya.
Tapi yang mereka kisahkan ibadah untuk Allah. Mereka selalu berbual bila nak pergi umrah sama2.. Dan mereka TAK PERNAH tanya saya bila nak kahwin?? Which is I love them..
Saya ada banyak persoalan, kenapa orang melayu Islam kita tanya bila nak menunaikan haji??mesti confirm jawab nanti dah tua baru nak pergi haji...bagi orang muda macam sebaya saya, bila nak menunaikan umrah?? Jawapannya takut sebab banyak dosa .. Oh kenduri kahwin anak lagi penting kena meriah.. Rumah nak kena renovate untuk anak cucu balik kampung..anak2 kecil lagi siapa nak jaga bila pergi haji?
Banyak sangat rintangan sampai lupa kita ni Hamba Allah bukan Hamba Anak. Yerlah barangkali sudah akhir zaman apabila ibu melahirkan tuan.
Teknologi sudah moden, awak surf je youtube Makkah Live, Madinah live, dah boleh tengok macam mana keadaan di sana. Awak tahu keadaan sekeliling, tenaga awak badan awak, menunaikan haji perlu tenaga yang banyak, kekuatan fizikal dan mental.
So, kawan - kawan ,nasihat 10 sen saya, sila pergi umrah dulu feel macam mana, tawaf, saie, solat di raudhah, solat di hijr ismail, pandang kaabah, solat di masjid nabawi, minum air zam zam, nak mandi air zam zam pon boleh tak siapa halang, semua itu tak ternilai yang kita tak akan dapat di mana- mana. Insya Allah semoga kita akan jadi generasi orang muda sahaja yang menunaikan haji.
Nasihat saya kepada ibu-ibu, ayah-ayah, atok, nenek... Sudah sampai masanya melepaskan segala tanggungjawab di dunia. Tumpukan kepada ibadah kita. Persetankan dengan masyarakat yang bawa mulut taik cakap kenduri kahwin tak meriah, rumah tak besar. Sampai bila nak jadi hamba anak, hamba duit, hamba masyarakat.
Kepada rakan- rakan yang ibu bapanya belum menunaikan haji, luangkan masa bawa mak ayah pergi daftar haji, murah je RM 1300.. Apalah nak dibandingkan dengan mak ayah yg besarkan kita. Kadang- kadang kita sebagai anak, Allah kurniakan untuk mengingatkan ibu bapa kita, sudah sampai masanya mereka menumpukan ibadah mereka dan melepaskan tanggungjawab kepada anak- anak.
Kalau ada rezeki lebih adik beradik, berkorban lah kumpul duit hantar mak ayah ikut pakej haji yg selesa...
Kalaulah anda semua tahu macam mana keadaan muhasasah tabung haji, boleh manangis kita...
Sedangkan mama dan ayah ikut pakej rayhar saya boleh risau teramat sangat, sebab tahu keaadan haji sangat mencabar dengan beribu-ribu jemaah yang lain. Senang cakap sila tonton tv astro oasis, tv alhijrah semua tunjuk betapa ramainya umat islam yg menunaikan haji...
Tak risau ke hantar mak ayah yg dah tua umur 60, 70, 80 baru nak pergi haji??tak risau ke??sedangkan saya yang umur 21 tahun menunaikan tawaf dan saie, terasa cabaran dengan ramai orang penatnya lain.
Kita boleh berdoa mohon kelancaran, tapi kita boleh berusaha berkorban harta dunia wang ringgit untuk kesenangan menunaikan umrah dan haji. Semuanya pilihan di tangan kita.
Pilihan ada dihati kita...ikut cakap orang boleh mati sebab orang selalu bau busuk kita.
Tapi kalau ikut Alquran dan Assunnah, Insya Allah hidup kita akan diberkati...selalu berdoa supaya kita menjadi tetamu Allah, jangan pernah risau, balik dari haji nak makan apa sebab semua duit simpanan dah bayar ke Haji...percaya dan yakin dengan Allah yang rezeki semua datang dariNya.
Pemikiran budak hingusan yang teringin nak menunaikan haji,
Yan Ismail
No comments:
Post a Comment