Showing posts with label feminism. Show all posts
Showing posts with label feminism. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Grow up BITCH!!!


seriously every woman has tendency to be a bitch..pengakuan dari seorang wanita untuk lelaki...I tell you, perempuan nih bila u calarkan sikit hati nurani wanita dia..siaplah you all...bacalah doa banyak-banyak ampunkan dosa yer...even , yang pakai tudung labuh ustazah tuh, paling kurang mesti ada perasaan sakit hati tapi disebabkan iman yang kuat mereka biarkan jer lah..so lelaki sila beristerikan wanita yang betudung labuh untuk selamat dan tenang jer..tapi jangan sesekali pijak kepala mereka..silap besar lah....

okey, the story will start how the bitch become so childish...seriously, rasa macam nak bunuh diri jer bila dengar perempuan yang fikir dia bagus..adaaaa yer...yang fikir relationship dengan boyfriend dia sangat bagus...adaaa yer...then, bergaduh menangis, terjun dari tingkat 80 KLCC, alamak!!!!kita tengok jer lah apa yang terbaik kan....

lagi seorang bitch fikir dia bagus sangat bila dia rasa dia yang terbaik, i'm totally freak out..hang pi kutuk kawan baik hang kat aku apa pasalllll.....depan hang baik ngan kawan baik hang then, belakang dia hang kutuk baik punya....seriously for men if u read my blog....we all dah terbiasa dengan perangai bitch tikam belakang berbelah bahagi ni....

not respect what their friends do even nak support dalam mimpi jer la....yang ni aku malas nak cakap suka hati dia jer kan nak kutuk apa yang kita buat..aku perhabis duit hang ker??xkan...selama nih ayah I yang beri duit, ayah I lagilah support apa I nak buat....tak kisah langsung pon....alah hang kerja pon pasal duit bukan sebab passion kan....ops!!!..

iyer, I admit I memang bitch yang tegar...jangan kacau hidup I, nanti baru tahu apa erti penyesalan....my friend pon cakap I hati kering, degil tapi i tak akan kacau hidup orang...orang yang selalu nak tahu pasal hidup I adalah..grow up Bitch!!!!...u'r friend kalau dah boring dengan you boleh tinggalkan jer taw...

seriously when you talk about others, you are talking about yourself...yup, I'm talking about me now...I dah xtahan bila orang pijak kepala I because I'm younger than you...maybe you boleh bagi nasihat kat I..but please jangan hina I...I boleh hilang kawan macam u...I can live without you...

Love,
Izyan Ismail
P/S: I hate this entry seriously...it's flood with anger, and negative feeling...

Tuesday, March 22, 2011

siapa cakap awak GEMOK???


siapa cakap awak gemok??cakap kat saya ...mesti orang yang cakap awak gemok adalah perempuan yang kurus melidi yang tak ada degree or diploma, yang duduk kat kampung, yang boyfriend dia adalah rempit, berfikiran sempit dan perasan popular kan...memang betul pon sebab dia jealous dengan awak..walaupon awak gemuk tapi awak ada degree and diploma, awak tahu fashion dan bergaya, boyfriend awak mempunyai kerja tetap dan yang paling penting dia jealous dengan awak sebab semua orang sayang awak daripada dia...betul tak??

okey ramai wanita mempunyai masalah sama macam situasi ini..apa yang nak hairan bin ajaib..ada aku kisah kau nak cakap aku gemok?? saya ada degree, pandai fashion, independence, boleh drive, ada kereta sendiri, financial is very good, family yang sayang saya tersangat-sangat dan yang paling penting saya ada semuanya yang awak tak ada...okey ini adalah jawapan yang perlu anda jawab bila ada orang cakap "eh kak yan, kenapa nampak makin berisi"...dan jawapan saya mungkin agak sinikal tetapi dapat menguncikan semua mulut yang ada...saya akan jawab..."kehidupan semakin membahagiakan dan ramai orang cakap saya cantik berisi daripada kurus melidi macam anak perempuan awak"....what the tuttttttttt....jawapan boleh bikin orang sakit jantung sey Izyan..

Tips untuk yang berISI:
1.boleh pakai legging but please kena pakai tops bawah vontot yer..
2. sila buka majalah fashion
3.jangan biarkan orang lain menindas anda..sebab u are amazing dear...
4.if lelaki cakap awak gemuk dan dia adalah rempit..biarkan sahaja..u nak ker bersuamikan rempit??Nauzubillah...
5. perempuan yang cakap awak gemuk biarkan sahaja sebab dia jealous dengan awak..sangat jealous sampai nak bagi awak makan hati berulamkan jantung paru dan sekalian alam...
6. jawapan best, saya bahagia dengan kehidupan saya..owh dulu kurus melidi macam awak tak adalah pula lelaki BMW kejar saya..jangn risaukan saya, saya boleh berdiri diatas kaki sendiri....lagipon kalau kurus melidi macam awak, tapi tak boleh fashion macam saya tak guna juga kan...

so for every girls yang rasa diri dia gemuk..come on..sekarang nih banyak boutique yang provide baju cantik-cantik for XXXL size...please girls don't ever underestimate yourself...proud what you can do, what you have and you are very independence....and lastly..jangan merendahkan martabat anda sebagai kaum wanita semata-mata untuk mengejar seorang lelaki...

Love,
Izyan Ismail
P/S: jangan biarkan lelaki mencaci dan membuat sesuka hati mereka kepada anda, jika itu berlaku TINGGALKAN DIA....masih banyak lelaki yang terbaik untuk anda...all you need just fulfill your satisfaction itu jer...

Tuesday, February 22, 2011

cara terBARU pertahanan diri untuk wanita berhijab..


i'm working now..dah ada kt fakulti since 7.30AM...sangat awal..need 10 hours working..kan sapa suruh last week kerja 2jam Izyan...okey this week kelas semua malam..and pagi kerja..sangat berdedikasi yer ...memang patut pon I xkerja sambil belajar...cannot focus at all..anyway this entry will tell u the best way to protect our self from any perogol,penjahat or siapa-siapa yang u rasa patut dijauhi...

to date, semua wanita yang berhijab akan menggunakan beribu-ribu pin di kepala untuk kemaskan shawl...so I got an idea which u all boleh gunakan pin yang sangat tajam untuk protect yourself..u all perasan tak if kita nak cepat and tak berhati-hati untuk pakai tudung..mesti tercucuk pin kan...so to protect our self..just cucuk jer pin yang maha tajam itu kat orang jahat..kan senang tak??korang cucuk banyak-banyak..dapat boyfriend yang menyakitkan hati..cucuk jer pin kat dia..alah sakit kejap jer...takkan boyfriend korang tak tahan..kata LELAKI...kan...mestilah tahan sakit...hehehe...mesti lelaki kat luar sana rasa macam nak cucuk i kan...

Anyway..how the assignment??harap u all buat awal-awal and don't last minute work okey...sangat tak berbaloi..mesti markah rendah if buat lambat..this weekend i kat PTAR lagi...sangat best jadi student kan..kena perform to get highest CGPA, kalau tak siapa nak support I for PhD program...kena kahwin ngan Tan Sri or Dato' mana nanti nak sambung belajar hahahha..ini kalau ayah baca mesti cakap...macam Ayah tak ada nak support..I'm Miss Independence lah ayah..

Love,
Izyan Ismail
P/S: reading where rainbows end by Cecelia Ahern..nanti i buat review novel ni after I finish okey..but so far so awesome ..

Sunday, February 13, 2011

impian Puteri Raja...


menjadi puteri adalah impian semua anak -anak kecil...termasuk I..siapa tak nak jadi princess...dapat semua apa yang dimahu...pakai baju berjenama,.all branded and designer shoes, bag, dresses, traveling anywhere u want..BUT itu hanya impian untuk hidup mewah..bila semakin besar semakin pudar impian itu...bila kita tahu antara realiti dan impian..semua akan kata BERANGAN...iya berangan mengejar impian...

tetapi ada hikmahnya bila kita berangan ,mahu menjadi puteri raja...menjadi puteri adalah menjadi pemimpin dan role model..what can we offer to public..that princess..Alangkah bagusnya bila semua wanita di dunia ini menukar impian mereka menjadi Puteri Raja..mereka akan lebih menjadi seorang perempuan yang bermaruah bukan Cheap Sale..biarlah lelaki mengatakan kita Jual Mahal..so what??u want it u must pay for it..bukan hantaran yang mahal yang I maksudkan..tetapi untuk mendapat hati seorang wanita..anda perlu berkorban apa sahaja...seperti mana ayah mereka berkorban untuk mereka begitu juga sang lelaki mestilah berkorban begitu...

menjadi seorang puteri raja anda mestilah menjaga tata tertib, pandai, enjoy boleh saja..tetapi enjoy dengan bermaruah bukan dengan menjadi bohsia.. puteri suka membantu orang yang susah, dan menjadi seorang puteri kena ada sikap sombong sikit...bukan sombong apa...sombong kepada sang lelaki yang menagih cinta...ingat lelaki suka kepada cabaran...dan jika semua wanita menjadikan impian mereka untuk menjadi seorang puteri..tiada lagi Bohsia, pengkid, lesbian, pelacur berbayar, pelacur tanpa bayaran dan banyak lagi..kerana wanita akan menjaga maruah mereka seperti nyawa...

Love,
Izyan Ismail
P/S: i suka tengok HRH Princess Aminah anak sultan Johor, cantik, pandai, berkaliber dan tak banyak gossip liar..

Pembunuh Bayi dan Pelacur tanpa Dibayar..


sebelum berlaku perkara yang tidak dinginkan, sebelum berlaku persenyawaan yang tidak dikehendaki, sebelum menjadi manusia yang tidak bertanggungjawab, sebelum menjadi binatang, sebelum menajadi PEMBUNUH, sebelum menjadi manusia yang disumpah memalukan kaum sendiri dan sebelum Maha Esa mengambil nyawa tanpa bertaubat....Anda boleh mengelakkannya dengan berkhalwat dengan PENCIPTA bukan berkhalwat bersama lelaki yang tidak bertanggungjawab yang mahu awak membuktikan cinta..Cinta apa yang perlu bukti..merobek Dara anda??merobek hati ibu bapa anda? atau merobek rahim anda ..iya mungkin anda akan membidas mengatakan aku boleh membuang sesuka hati ku..tapi Maha Esa akan meragut seluruh rahim anda kerana kerap menjadi PEMBUNUH...

faham dengan bahasa ku?atau bahasaku terlalu rumit untuk difahami?atau bahasaku tidak seromantis bahasa lelaki yang kamu puja yang kamu sanjung yang merayu untuk meratah daramu? bahasaku sangat mudah untuk difahami kerana aku berbahasa melayu bahasa daripada bangsa kamu sendiri, apa yang kamu mahu katakan? kamu tidak puas hati? apa yang kamu geram? luahkan wahai adik-adik yang aku sayang...luahkan..

tidak merasakan kasih sayang daripada ibu bapa? memerlukan perhatian?memerlukan apa lagi? luahkan ..jangan kau robek masa depan mu...Maha Esa mengangkat darjat kaum Wanita ditempat yang tinggi....apa yang kamu pandang dengan lelaki durjana itu? apa yang kau sayang dengan lelaki yang tidak menyangimu?tiada perasaan waima sekulimit pon kasih sayang kepada kamu..

mahu menjadi PEMBUNUH bayi? mahu menjadi ibu tanpa suami? mahu menjadi pelacur yang tanpa dibayar? pilihan anda....

Love,
Izyan Ismail
P/S: tahniah kepada Puan Hajah Sheila Rusli menerbitkan drama Ampunkan Daku ..sesungguhnya ia adalah dakwah yang amat berkesan..Insya Allah doakan yang terbaik supaya bulan 11 tiada kes pembuangan bayi yang berleluasa... AMIN...

Tuesday, November 2, 2010

Ibu hanya SEORANG, Isteri boleh Dicari Lain...



di malam yang hening ini,.tercari-cari aku apa entri yang terbaru aku nak tulis..apa yang menusuk kalbu di hari ini ingin aku kongsi bersama-sama para pembaca...iya ada sesuatu pada video ini..yang membuatkan air mata ku xberhenti mengalir..sangat sedih..sebab ia berlaku dalam keluarga ku sendiri...aku sebagai cucu hanya mampu melihat...malam ini akan kuluah kan segalanya....

aku memang rapat dengan wan...dari kecil sampai sekarang...wan pernah menjaga ku semasa wan dan arwah atok di sini...wan buatkan susu, masakkan makanan untuk aku...wan adalah ibarat ibu ketiga aku...wan sangat menyayangi SEMUA cucunya...wan xpernah membezakan cucunya...

wan sekarang terlantar di pembaringan...Alhamdulillah wan ada bibik a.k.a pembantu peribadi yang diupah oleh Mak...wan boleh bergerak ke toilet sendiri tapi dengan cara mengengsot...dulu masa wan sakit...aku pernah ambilkan wuduk wan, pakaikan wan telekung..beri wan makan..kadang-kadang suapkan wan...apa yang pernah wan buat untuk aku..semua aku pulangkan kepada wan...dan kadang-kadang bila kami ziarah wan..aku dan mama sama-sama angkat wan naik atas kerusi roda..bawa wan ke depan...aku paham kadang-kadang wan boring bila asik baring jer...wan dulu seorang yang aktif..pernah jalan-jalan di KL seorang diri ketika masih 50an..shopping katanya...bila dah tua, wan pun mahu merasai jalan-jalan..

kadang-kadang aku perasan wan seakan malu dengan dirinya yang xmampu untuk berdiri dan berjalan sendiri...wan malu bila dia nak ke toilet..pernah sekali..bila pakcikku ziarah wan..wan sampai tahan kencing bila pakcik dah balik..cepat-cepat wan mengengsot ke toilet....sebab wan xmahu anaknya melihat dia melepaskan hadas kecil..kalau dengan aku, mama, mak dan bibik ..Alhamdulillah wan xkisah...kadang-kadang aku rasa malu dengan bibik, bila bibik tahu semua pasal wan melebihi daripada anaknya...

bila mak tegur adik beradik mak sendiri..kenapa dah lama tak ziarah wan...ada yang marah balik..sibuk katanya...dan ada yang suruh mak berhenti kerja ...tapi bagi aku Mak dah berikan yang terbaik untuk wan...iya, memang mak xdapat jaga wan 24/7 tapi mak upah bibik untuk wan...mak belikan makanan tambahan atau supplement untuk wan yang mencecah sampai beribu ringgit...bila wan nak rantai emas dalam TV..mak belikan untuk wan..mak belikan wan baju raya, handbag baru yang berjenama ...mak belai wan macam arwah atok belai wan...jadi, mengapa suruh mak berhenti kerja?? kalau mak berhenti kerja...entah bila wan dapat apa yang mak berikan kat wan...

aku sebagai cucu hanya mampu melihat...sedih melihat wan..aku terfikir macam manalah bila aku dah tua nanti..menanti kepulangan anak ker??kepada anak lelaki aku nasihatkan...syurga kamu dibawah telapak kaki ibu...walaupun kamu seorang imam, ahli ulama' tapi jika kamu mengecilkan hati ibu kamu,kamu tak akan bau syurga hatta memasukinya....ingat taatilah ibumu..selalulah menzirah ibumu...IBU HANYA SEORANG ISTERI BOLEH DICARI LAIN....kalau asyik mendengar cakap isteri, tak kemana kamu di akhirat kelak...

aku hanya mampu memandang bila kamu mendengar kata isteri...ingat kamu juga mempunyai anak-anak lelaki..kamu mahu jika anak-anak lelaki kamu juga akan dicucuk hidung oleh isteri mereka?? oleh itu, dari sekarang kamu harus tegas kepada isteri dan anak-anak....kepada para isteri jika sayang dan cinta kepada suami kalian...sila pastikan SUAMI ANDA BUKAN AHLI NERAKA.....dan kepada para suami yang yatim piatu silalah ingatkan isteri anda menziarahi ibu dan ayah mereka..jangan biarkan isteri anda terleka dengan kebahagiaan yang anda berikan sehingga isteri anda terleka dan terlupa mereka juga mempunyai ibu dan ayah untuk diberi kasih dan sayang dari seorang anak....

Love,
Izyan Ismail
P/S: maaf entri ini agak keras dan sesiapa saudaraku yang membaca entri ini, jika tidak puas hati boleh terus contact yan..dan jangan cakap-cakap belakang..jika yan tahu ada yang cakap-cakap belakang ..yan akan terus berjumpa kalian merungkaikan permasalahan kita...korang mesti kenal yan macam mana kan..kalau nak settle depan-depan...love u all...

Wednesday, October 27, 2010

Diva menjaga Kereta...


beli kereta sangat senang daripada menjaga...iya sangat setuju!!! sebab bila kereta calar jer dia punya meraung macam kena sengat dengan seribu tebuan..betapa sakitnya..ingat lelaki jer ada 1st GF...kitaorang iaitu wanita abad ini pun ada 1st BF gak taw....tapi kereta saya nama Princess sebab dulu time dia muncul ada Mr.Putarjaya..so terpaksa bagi jantina perempuan..xkanlah bila xada boyfie nak tukar jantina kereta plak kan nahi mungkin....so biar kan jer lah nama Princess my BFF nih...dah lah terror bila kat highway..nak laju jer kerja..Go Princess!!

oklah nih easy step to take care of your car..saja nak kongsi2 tips and experience menjaga kereta yang hampir setahun nih...

1. siram kereta setiap pagi sebab embun pagi memang tajam and nanti lama-lama warna kereta akan terkopek ..so kereta dah cacat..please ok..

2. start enjin kereta everyday ..nanti bateri kong...even kereta itu parent korang yang bayar..tapi hargailah..kalau xada kereta tuh korang gak yang merana kan...so pastikan start enjin everyday eh...

3. basuh kereta setiap minggu..nanti kereta suram..macam korang bila nak keluar mesti make up kan...kereta pun macam tuh..malu lah kan bila orang tengok owner cantik..bila tengok kereta alamak dik malunya...berhabuk, bercapuk,berkulapuk..biar kereta lama or antik asalkan bersih and berkilat selalu....

4. isi minyak pagi before 8.00AM and waktu malam sahaja..kalau isi tengah hari nanti 50% minyak tersejat dengan panas ...tips jimat minyak..

5. air wiper chek lah selalu yer..

6. minyak hitam? air bateri?? sila serahkan kepada yang pakar...kalau tahu buat sendiri..tapi jangan nak memandai-mandai yer...

7. pastikan tayar ada angin...kalau x, ada gak alignment masa drive lari nanti...

ok itu jer, sayangilah kereta anda yer..xkisahlah kereta parent yang korang beri ker..even kereta lama, tapi fikir lah kalau xada kereta tuh..xdapat korang nak dating dengan BF/GF kesayangan korang..nak naik public transport mesti xnak kan..tahu xper..kalau kitorang yang bayar kereta setiap bulan nih....memang tersangat sayang..tapi kalau bab basuh kereta tuh yang malas sikit...heehhe..hantar kat car wash sudah..baru cun kan...

Love
Izyan Ismail
P/S: happy Birthday Princess yeah!!! nanti saya beli aksesori yang cantik2 untuk awak..sudah semestinya colour pink yang menawan lagi meletop...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails