Showing posts with label Kisah cinta. Show all posts
Showing posts with label Kisah cinta. Show all posts

Wednesday, October 30, 2013

Sepenuh hati memendam

*google* 

Bila hati dipersimpangan dilema, 
Hati dah buat keputusan, tapi mulut mesti confirm cakap lain.
Alasannya nak jaga hati sendiri, jaga hati dia, jaga hati family, jaga hati kawan.
Walaupon sendiri rasa sakit hati, sendiri rasa termimpi, sendiri rasa merindu separuh mati.
Tapi tetap mulut cakap lain.

Bukan sebab tak nak jujur tapi sebab ego terlampau tinggi.
Lagi satu aku bukan jenis perigi cari timba, yang jenis menggeletis menggedik.
Di sana senyap, kita senyap... 
Di sana msg baru kita msg.
Itu prinsip aku,

Aku jenis yang memang tak pandai mengorat lelaki in real life.
Tapi kalau bab plan nak mengorat untuk orang lain memang hebat.
Diri sendiri macam rasa kaku.
Giler apa kau nak cakap "I love u" kat lelaki dulu??

Walaupun dah banyak kali aku diam.
Dan banyak kali aku tengok je orang yang aku suka terlepas.
Tapi aku senyum je.
Sebab aku jenis dia dah bahagia pon aku dah puas.
Mungkin ini bukan dinamakan cinta.
Mungkin ini namanya okey aku suka kat kau sangat
Sebab kalau Cinta kau pergi mesti kau frust kan.
Tapi jujur aku tak frust menonggeng, aku happy je tengok orang yang aku suka 
Bahagia..

Aku jenis kena tunggu orang start dulu.
Sebab aku tak nak nanti kemudian hari, anything happen aku yg dipersalahkan.
"Awak yang nak kahwin ngan saya kan jadi terima lah apa yang awak dapat"
Macam drama melayu kita selalu tonton kt TV.
Tak nak,
Aku tak nak macam tu, nauzubillah!!! 
Sebab aku akur lelaki jiwanya keras,
Hitam kata dia hitam lah..tak akan jadi pink, mint green, orange etc...

Aku faham dalam dunia kita mana ada jenis yang fairy tale kisah snow white, cinderella etc,
Cinta itu sempurna,
Tak ada!!!
Aku faham...
Ketidaksempurnaan itu menyempurnakan cinta kita.

Entry yang lepas aku dah cakap confirm aku dan si dia tak ada jodoh,
Tapi sebab aku marah sangat, aku kecewa, aku sedih.
Bila aku dan dia senyap.
Aku banyak fikir pasal aku dan dia.
Mungkin aku boleh tunggu dia,
Mungkin dia terbaik untukku.
Sebab dia terima aku seadanya.
Hati aku rasa macam tu,
Sebab kalau aku marah, aku gedik, aku nak manja, aku nak bagi ceramah ustazah pilihan,
Semua dia okey and tak pernah menganjingkan aku,
Tapi aku tak pernah menangis depan dia,
Ada jodoh nanti dia nampaklah air mata jantan aku.
Sebab aku memang susah nak nangis...
Tapi kalau tengok drama korea, hindustan yg family movie.
Confirm air mata meleleh je. 

Kawan aku cakap,
Nanti bila dia tak ada perempuan nak dia,
Dia datang kat kau..
Maksudnya, bila orang lain dah tak nak kat dia,
Baru dia nak kat aku,
Itu aku tak pasti, tapi ada jugak betul cakap kawan aku
Sebab aku rasa macam aku ni second option untuk dia,

Aku mengaku bila bab cintan cintun ni,
Confirm aku bodoh, jahil, bangang!!!
Aku tak cukup ilmu pasal cinta mencintai.
Aku tak cukup pengalaman bercinta...
Tapi kalau nak kira jumlah ex adalah sebelah tangan je...
Tapi yang ex tu aku anggap kisah hujan gerimis dalam hidupku.
Setiap kali aku putus,
Mesti aku bertukar jadi yang lebih baik.
Itu mungkin hikmah ramai ex....
*Okey tak ada kaitan*

Aku dah buat keputusan,
Aku akan menunggu selagi termampu,
Tapi kalau ada yang lebih baik datang aku berserah pada Allah.
Yang pasti aku masih merindu dia.
Kalau ada jodoh adalah, 
Kalau tak ada aku redha...

To my dear yg I sayang sangat, I know you read my blog,
Itu je isi hati yang i pendam tak mampu nak ucap.

"Good things take time" 
Love,
Yan Ismail

Wednesday, August 14, 2013

Kunci hati.



Effort atau usaha!!!
Effort nak belajar, nak bercinta, nak bekerja, nak kahwin, nak ada zuriat, nak beli property semua perlu ada effort...kalau duduk diam senyap membisu, benda tak akan datang bergolek. 
Aku nak fokus satu perkara yang selalu dipandang remeh oleh manusia, iaitu effort dalam bercinta.
Dari pengalamanku bercinta...lelaki selalu nampak effort dia masa belum dapat, bila dah dapat.
Aku bagi masa 3 bulan je paling baik, paling romantis, paling bagus lah segalanya. 
Tapi lepas je 3 bulan terus nampak belang harimau cheetah semua ada. So kita senaraikan 3 fasa dalam percintaan. Pre love, love, and post love.

Pre love (sebelum bercinta)
Sebelum nak dapat macam-macam effort. Janji manis terukir nan indah, i sanggup buat apa je demi u, i terima u seadanya, i akan selalu temankan u, i sayangkan u, i tu lah i ni lah, siap bagi hadiah walaupon tak mahal tapi perempuan tetap cair, kalau call jangan cakap sehari adalah sampai 10 kali call, sebelum pergi kerja call, dah sampai office call, etc, kalau perempuan ajak teman, okey je never say no, attention memang 120% dapat ...yang perempuan ni pon cair!!! Biasalah dah fitrah wanita , cair itu pasti, tapi bila dah terluka terus waspada. Man will be a good listener when he want you...sangat good listener. Semuanya tadah telinga. Wait till you see bila dah dapat.  

Love (semasa bercinta)
3-5 bulan je janji ditepati, lepas tu haram nak ikut, dah nampak sifat mengongkong dia, sifat pemarah semua ada. Owh ya, yang kata rindu sangat..but he never calls, susah nak percaya orang macam ni. Kata sayang, rindu , i nak u, tapi tak nampak effort dia nak call kita, tanya khabar kita, kita buat apa?selalu texting je, kadang-kadang we want to hear your voice nak tahu you ni serious or main-main. What woman really want is your attention!!! Susah sangat ke nak bagi?? Bukannya suruh call 24/7 ...sekali sehari pon dah ok. Itu bagi wanita yg middle 20s, yang teenagers aku tak nak comment. 
Effort untuk maintain the relationship terus tak ada. Bila ada lelaki lain yang bagi attention lebih kat perempuan tu, macam biasa cair lagi, jangan salahkan perempuan bila you tak ada effort nak maintain the relationship. Perempuan ni baik sangat sampai bodoh pon ada bagi peluang kadang-kadang sampai bertahun tapi bila dah tak tahan itu yang terus minta break. Itu aku, aku akan biarkan sampai melarat bila dah tak tahan sangat aku minta break, kadang- kadang bukan sebab ada lelaki lain, tapi sebab tak maintain the relationship and dah sejuk sangat!!! 

Post loved (selepas bercinta) 
Break terus , tak ada bagi peluang kedua ketiga, keempat semua tak ada, sebab dah kecewa. Yang si lelaki bila perempuan nak break terus ego naik tinggi, langsung tak nak pujuk. What woman want is you have to stand up for your love. Jangan mengalah boleh tak??kalau pujuk pakai air liur tak nampak effort dia. I've a friend, boyfriend dia pujuk buat banner besar just nak say "I'm sorry" . And another friend, Boyfriend dia tunggu depan lrt laluan dia selalu balik kerja with a big bouquet of flower sebab nak pujuk my friend. Bukan hadiah mahal just show the effort macam mana awak usaha nak dapat kan dia mula-mula dulu, macam tu lah awak kena pujuk minta peluang kedua ketiga keempat. 

Ini semua pengalaman aku untuk dikongsikan kepada para pembaca terutama lelaki. Aku dah bagi jalan mudah...mungkin yang akan baca ni umur 20-40 yang amat berguna untuk semua kaum adam. 

Love, 
Yan Ismail

P/S: Mr.K cakap jangan percaya lelaki sangat walaupun dah jadi bf or husband..thanks for the good advise my dear. 

Saturday, July 13, 2013

Hadith cinta


Dari dulu, aku teringin untuk mengkaji Hadith 40 Susunan Imam Nawawi.
Sepanjang bulan Ramadhan fashion Designer terkenal Dian Pelangi menyeru kepada semua muslimah untuk menyertai 30 days Hijabi Photo challenge.
So setiap hari ada tema untuk upload di instagram.

Tema untuk hari keempat adalah favourite Hadith.
I've decided to research about Hadith 40,
What I've found is the best hadith mention about spreading love. 

Hadith 13

"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Pengajaran hadis:

Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.

Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata. Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Credit to Mysaffiyah.wordpress.com

Islam mengajar kita untuk saling menyayangi,
Bukan saling membenci atau dengki,
Tapi sayangnya dengan dunia yg penuh kemodenan,
Sepatutnya Manusia semakin menyayangi,
Tetapi ketamadunan Manusia menjadi bodoh,

Cinta bertukar jadi dengki,
Sayang bertukar jadi Benci,
Kasih bertukar jadi khianat.

Tak payah nak pergi jauh,
Scroll je Facebook,
Mesti ada banyak fitnah berlaku,

Kadang2 aku pon pelik,
Kenapa manusia suka menghukum sesuatu,
Sedangkan kita bukan Tuhan untuk menjatuhkan hukuman,

Ada yang kata kita perlu menegur ummah untuk lebih maju kehadapan,
Tetapi tak perlu menjadi keyboard warrior,
Menyalak di alam maya,
"Apsal kau tak pakai tudung?"
"Seksi masuk neraka"
Pernah tak walau sesaat terlintas difikiran,
Nasihat yang diberi adalah aib seseorang??
Katanya nasihat tetapi seperti menjatukan maruah yang dinasihati,
Bila di realiti diam seribu bahasa.
Islam tak ajar kita memalukan orang. 

Apa yang kita perlukan kasih sayang,
Islam mengajar untuk menyayangi,
Rasulullah yang kita sanjungi adalah seorang penyayang,

Muslim please spread the love,
Sebarkan cinta,
Buangkan benci,

Yang Menyebarkan Cinta
Yan Ismail


Saturday, July 6, 2013

Ikhlas wahai pencinta


Baru lepas khatam blog fyn jamal and her husband tri,
Dulu, kawan aku Afiza Amin suruh aku baca blog fyn jamal,
Tapi hati aku memberontak, 
sebab aku tak faham,
Kenapa fyn jamal sangat gelap dan kasar,
Aku lupa dulu aku juga kasar,
Tapi siapa nak mengaku tahi sendiri kan,
Sekarang baru aku mengerti,
Mungkin dulu aku dalam dunia fantasi puteri,
Kini, bila dah jatuh terduduk,
Aku sedar langit tak selalunya cerah,

Tanpa sedar air mata mengalir membaca kisah hidup fyn jamal,
Betul cakap kak fyn,
Cinta itu ada,
Tapi kita kena yakin dan berserah kepadaNya,

Berserabut otak memikirkan yg sewajarnya,
Ikhlas
Ikhlas
Ikhlas

Ikhlas dalam menerima cinta,
Ikhlas memberi cinta,
Ikhlas dengan ketentuanNya,

Betul cakap kak Fyn,
Tuhan menguji kita untuk kita memilih,
Kita lebih sayang Tuhan atau lelaki yg muncul,
Maruah perlu dijaga bukan dijaja,

Terima kasih kak fyn,
Atas nasihat dan kisah hidup akak.

Love,
Yan Ismail

Sunday, June 9, 2013

Nice Guy always in friend zone..


Good girl with the bad boy, meanwhile bitch always with the rich man!!!

Conclusion... Bitch always win..  

Saturday, June 8, 2013

Perbezaan Lelaki Soleh dan Alim


Whoever knows me well will know what is my perception towards alim men?? It's different between lelaki alim and lelaki soleh.. Sangat berbeza.. Before I start my entry, I would like to apologize if my words will hurt all of you...  Pengalaman saya selama 25 tahun, pernah bersekolah agama selama 9 tahun, 2 tahun di sekolah sains dan 6 tahun di UiTM... Pengalaman yang sangat sikit tapi rasanya cukup untuk menjelaskan apa perbezaan lelaki Soleh dan Alim...because I pernah date with those alim men.. 

Perbezaan

1. Lelaki Alim suka menegur apa yang tidak disukaai oleh Allah, which is really good BUT dia pon sama kadang2 melanggar hukum Islam, for example: dating dengan girlfriend berduaan tanpa diteman pihak ketiga, padahal dia dah marah kawan2 dia dating .. However, lelaki soleh menegur dengan cara perbuatan, menunjukkan what is do's and don'ts...   

2. Lelaki Alim suka marah bertindak mengikut perasaan dengan menghentam orang sebab benda itu harammmm... (Pernah tengok cerita Aqashah berlakon yang semua haraammmm... Haraaammm) meanwhile, lelaki soleh akan menegur secara lembut sampai kita tak perasan pon yang dia menegur kita. 

3. Lelaki Alim sangat mudah untuk dikenali iaitu dia ni Ustaz cyber.. Always preach at social media or blogs etc, tapi bila suruh menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak remaja terus menghentam, menjatuhkan hukuman kepada pesalah... Meanwhile lelaki soleh, dia tak akan menunjukkan kepandaian dia melainkan orang bertanya... Jika diminta masalah keruntuhan akhlak remaja dia akan menolong... Contoh dalam latest video Mat Lutfi "sebelah sayap" nice video to watch.

4. Lelaki Alim suka mengorat perempuan dengan memberikan tazkirah nak tunjuk dia pakar dalam agama.. Perempuan pon cair.. "Owh inilah lelaki yang aku boleh jadikan suami, imamku" ... I pernah kena macam ni, my ex dulu mengorat beri tazkirah berjela- jela sebab dia budak KiSAS, bila jalan2 pegang tangan kalau kita tak sambut tangan dia nanti merajuk... But i become curious why kat Shah Alam tak pegang tangan.. So I ask him.. Why tak pegang tangan kan.. Dia kata nanti ustazah KiSAS dia nampak.. I said to him "Tuhan you Ustazah you lah"..  Somehow I don't like dating with guys like this tunjuk tahu agama tapi tak laksanakan... I ada berkawan dengan some bad boys, bukan yang jenis jahat mencuri or melanggar undang2 ..dia ni macam nakal lah, but he never ambil kesempatan with me.. Never hold my hand, his really good and respect woman even dia ada sikit nakal la... So you can see... Please woman, jangan ditipu dengan rupa paras kealiman.

5. Lelaki Alim senang dapat.. lelaki soleh susah nak dapat or jumpa... Kita sebagai perempuan hanya berdoa dan yakin dengan Allah siapa jodoh kita... Again, Jangan ditipu paras rupa alim mereka yang penting perbuatan dan hati... 

6. Sampai sekarang saya tak faham apa yang lelaki alim nak tunjukkan.... Kahwin poligami dan sebagainya, memanglah jodoh tapi saya still tak faham... Nak bagi payung emas untuk isteri, tapi bagi saya dari awak bagi saya payung emas, baiklah saya cari suami mualaf yang memang nak masuk Islam dan Allah menjanjikan mahliga di syurga nanti Insya Allah. 

7. Lelaki Alim suka menjatuhkan hukuman terhadap seseorang ..contoh sila tengok gambar2 public figure... Ada yang comment dah ada jatuhkan hukuman neraka.. Kita siapa nak jatuhkan hukum?? Kalau awak dah jatukan hukuman maksudnya awak dah mendahulukan Tuhan.. Awak Tuhan ker nak jatuhkan hukuman??

Kepada wanita di sana yang mendambakan lelaki alim sebagai suami, sila tukar doa anda.. Doakan untuk mendapat lelaki soleh yg dapat guide kita dunia dan akhirat. Setiasa yakin dengan Allah itu yang penting. Again, jangan sesekali terpedaya dengan apa yang awak lihat dan dengar.. Sila lihat dengan perbuatan mereka seiring atau tidak.. Pernah dengar pepatah alim alim kucing??.. 

Love,
Yan Ismail

P/S: confirm ramai lelaki yang tak suka entry saya.. Kalau tak suka mungkin awak lelaki alim..

Thursday, June 6, 2013

Love letter for you..



Dear Man,

1. What I need is a man not a boy who think he can.
2. I think I'm too much caring about you but you ignoring me.
3. Actually I know What you did But you think I don't know.. It's called women instincts. So you better honest, because I already know the truth when I ask you the question.
4. Women's heart is really fragile, when its broken it will become too strong to knock in.
5. Its just a simple love and caring.
6. I know when you just not into me but some how I just ignore it because I believe if I give a try you might consider it. How stupid I am.
7. Please don't come to me when I'm happy with my partner. 
8. I really hate of ignorance, please be honest because I can handle it.
9. Sometimes I feel I'm your second option, and its really hurt me.

I know sometimes you think I'm not serious, but I do hope one day you know how much you meant to me, and hopefully I will meet a man who appreciate me just the  way I am. 

Love is Blind, and the Blind is you
Yan Ismail

P/S: Please Don't keep me waiting because you know I will... Both of us know our relationship is really complicated because you make it so. 


Monday, June 3, 2013

Bila nak kahwin??



Soalan yang paling popular untuk anak dara sepertiku .. Bila Nak Kahwin?? Kadang- kadang terlintas di fikiran aku menjawab pertanyaan makcik busy body dengan soalan yang sangat sensitif ..makcik ni bila nak pergi Haji?? Terasa kepedasan di situ, tapi aku bukan anak dara kurang ajar kebiadapannya.

Aku selalu memberitahu mamaku jangan tanya soalan Bila Nak kahwin kepada rakanku, terlalu sensitif, sama sensitif dengan soalan utk pasangan yg 10 tahun kahwin tapi belum ada rezeki mempunyai zuriat sendiri atau sudah berumur 50 tapi belum pergi haji lagi. 

Mungkin belum sampai jodoh kami untuk berkahwin, siapa yang tak nak kahwin..tapi bila menjawab belum sampai jodoh, ada saja kata- kata..tak berusaha macam mana nak dapat... Minta maaf aku bukan jenis perigi cari timba...aku bukan jenis perempuan yg mula melamar lelaki, itu bukan style aku.

Mungkin aku bersahabat dengan yg lebih berusia, dan aku melihat mereka tidak pernah kesunyian, enjoy with their life, ada sahaja aktiviti yg menarik... Melihat tiada masalah untuk enjoy tanpa pasangan membuatkanku rasa belum masanya untuk ada komitment atau serious terhadap sebuah perhubungan.

Munkin mama dan ayah tidak pernah bersuara atau risau bila aku mahu kahwin?? Sampaikan ayahku lupa yg umur anak daranya sudah 25 tahun, ayah selalu menanggapku masih bawah umur!!

Mungkin juga hatiku sudah terpaut dengan si dia, jadi susah untuk kuterima lelaki lain..walaupun hubungan kami tersangat complicated, tapi kerana cara si dia melayanku membuatkanku selalu membandingkan si dia dengan lelaki lain ( tidak dinyatakan nama disini sebab si dia stalker blogku) 

Terlampau banyak sangat kemungkinan kenapa jodohku agak lambat... Mungkin aku masih penganggur jadi aku belum kenal dunia ... 

Mungkin aku happy dengan duniaku sendiri, aku punya keluarga kecil yg sangat mencintaiku.. Aku punya kehidupan yg mungkin segelintir di luar sana mahu sepertiku, aku tiada masalah utk difikirkan, aku tidak sempurna tetapi aku ada cinta yg sempurna dari keluargaku ..itu yg lebih penting. 

Konklusinya tidak perlu risau bila aku mahu kahwin?? Kerana jodoh itu rahsia Allah... Aku tidak tahu apa kisahku seterusnya kerana itu semua rahsia Allah, mungkin bukan masanya untuk aku ada keluarga kerana Allah tahu aku belum bersedia untuk perhubungan yg lebih serious... 

Doakan aku

Izyan Ismail

Saturday, October 29, 2011

LELAKI yang SUKAR difahami......


sebagai seorang wanita saya memang mengakui sukar memahami lelaki kecuali ayah ...seriously, lelaki zaman sekarang boleh tahan kadang-kadang kalah wanita yang datang bulan..setuju ke tidak??mungkin peredaran zaman or makan banyak ayam injection hormon tuh yang terlebih hormon wanita....oppssiiiii...

antara lelaki yang saya tak faham bila dah dapat teman wanita yang cantik, berpendidikan tinggi, berdikari dia boleh layan gf dia macam sampah dan tak bernilai....memang tak faham..mentang-mentanglah wanita ni even dia pandai macam mana sekali pon kalau dengan lelaki yang dia cinta separuh mati mesti jadi manusia paling bodoh la...yang si lelaki boleh tahan ambil kesempatan...Tahniah....

lelaki yang suka minta bukan-bukan...faham-fahamlah kan....berani yer awak minta bukan-bukan dengan gf awak...awak belum bayar mas kahwin kat dia and minta izin dari wali dia eh dah berani....dan siapa bernasib baik memang dapatlah..Tahniah...

lelaki yang suka buat gf dia macam punching bag..sesuka hati kan nak jentik ke, nak lempang ke, nak tumbung, sepak, terajang..kan gf awak sama seperti punching bag awak....suka eh tunjuk Macho lempang-lempang perempuan....Tahniah...

lelaki yang suka control and kongkong teman wanita dia..suka le tu tunjuk Maharaja kat depan public kan awak berkuasa kat teman wanita awak..bangga lah tu..marah-marah gf padahal hang dah keluar dengan kawan-kawan lelaki gf hang masih cemburu lagi ker???aiyak get a life la derr...hang kalau umur 21 tahun kebawah nak cemburu buta...boleh terima lagi... ini hang dah pangkat bapak orang kot..kalau kahwin dah dapat anak 3 orang kot...Tahniah jadi Maharaja kan...

lelaki yang suka mengarah teman wanita dia...suruh hantar laundry, suruh basuh baju, suruh masakkan, suruh ambil dari office, pinjam duit, suruh kemas rumah..hang ingat gf hang orang gaji..kenapa sengkek sangat ker tak boleh ambil weekly maid??..Tahniah awak buat saya hilang respect lah derrr...

anyway kalau teman wanita hang nak keluar dengan kawan-kawan wanita dia biarlah..yang hang nak cemburu buta apahal...hang out la dengan kawan-kawan lelaki hang kata brother hood, brother code bagai kan..so buatlah boys nite out ker...korang tak ada kerja lain eh..bila dapat gf kerja mengarah jer...dapat tahu kat ayah diorang abeslah masuk ICU..Tahniah....

ini kesemua senarai lelaki yang saya tak faham...kalau ada yang wanita faham baguslah..sila terang kat saya...bila dah mencapai usia 23 tahun..saya tak dapat terima hakikat masih ada lelaki yang tak matang ni...come on man..Best Man Win la.....wanita zaman sekarang dah tak ada masa la nak handle dengan tak kematangan lelaki-lelaki ini....

Love,
Izyan Ismail,
P/S: saya masih tak faham kenapa lelaki suka tunjuk hero..padahal hidup korang pon bergantung dengan teman wanita korang kan...aiyakkk...dah ramai wanita yang independence sekarang ...berhati-hati....cheers...

Friday, April 29, 2011

Royal Wedding..





U may Kiss The bride..

Kate had found William or William had found Kate..anyway both of them are lucky macam tercipta untukmu lah...anyway I'm very obsessed with the Royal wedding after i watched Prince Charles and Lady Diana Wedding...they are so lovely..so i'm waiting for their son's wedding..and tidak menghampakan bila the wedding is full of love and bless from all over the world...heart..


i like the simple and stunning dress...

memang ada yang mulut Longkang cakap dress Tok Ti lagi cantik dari dress Kate..anyway for me if u want to look stunning at your wedding day..just wear a simple and stunning dress bukan sarat semacam full of kerawang bagai...kannnn...

wish them Happily Ever After Amin..

Love,
Izyan Ismail,
P/S: I hope i can be like them..but someone asked me boyfriend botak ker?? apa salahnya botak if dia baru balik dari tahlul Umrah..u get what I meant kan...love it..anyway sekarang memang susah nak dapat lelaki yang boleh bagi full commitment..Love..

Wednesday, February 16, 2011

the Proposal..


everything we need proposal..nak masuk tender, even thesis for degree, master and of course pHD..and the best part for girl the proposal to become a wife or fiance or gf..so apa yang best proposal nih??the way that guy proposed the girl..must be very romantic..how they will be romantic??guys u must think, we will not give u idea..

okeylah i will tell u how to proposed in romantic way...simple jer..mesti ikhlas..and the girl will know...nak bagi flower?chocolate? ring?even a big card? a surprise gift at a surprise place..anything can be romantic....okey i berangan i told u BERANGAN if somebody want to proposed me as his wife or gf or fiance...simple letak flower kat kereta i...or kad besar gedabak kat kereta i...yang penting mesti letak something kat kereta i....boleh plak nak demand...hehehe...dulu berangan suruh orang tuh proposed i kat restoran angkasa di menara KL...but itu tunggu anak raja mana entah nak proposed lah kan...

anyway...my bff will propose a special girl for become his gf...tak boleh beritahu siapa ..but i think u all know if korang baca my previous entry..pasal dia nih bercinta tragic giler 5 tahun then brake..because his ex ada lelaki lain...so gud luck friend...best of luck..Insya Allah she will accept u..jangan nak risau2 okey...and dah ada gf nih faham2 jer lah first come first serve =P....

Love,
Izyan Ismail
P/S: waiting for my prince charming..sedihlah if all my bff nak kahwin...but gembira melihat diorang gembira and bahagia...

Monday, February 14, 2011

disebalik bunga Rose..


surprise for u'r mum?grandmother?sister?wife?gf?or just friends? okey mesti surprise with roses kan..and please jangan main tangkap muat yer..setiap rose ada makna and berapa kuntum pon ada makna...if u all tangkap muat..the girl sangat bijak will check kat internet and tengok makna u give the rose..so this is the guideline for u guys..

Rose, Black - You are my obsession
Rose, Champagne - You are tender and loving
Rose, Leonidas - Sweet love
Rose, Nicole - You are graceful and elegant, aristocratic
Rose, Orange - You are my secret love
Rose, Pink - Brilliant complexion; the glow of your smile; perfect happiness
Rose, Red - Passionate love; I love you
Rose, Single Stems - Simplicity
Rose, White - I am worthy of you; spiritual love; Innocence and Purity; Secrecy and Silence
Rose, White and Red - We are inseparable
Rose, White and Red Mixed - Unity; Flower emblem of England
Rose, White, Dried - Death is preferable to loss of virtue
Rose, Yellow - Friendship; Jealousy; I am not worthy
Rose, Bridal - Happy Love
Rose, Dark Crimson - Mourning
Rose, Hibiscus - Delicate beauty
Rose, Tea - I'll remember always
Rose, Thornless - Love at first sight
Roses, Bouquet of Mature Blooms - Gratitude
Multiple Roses
Single bloom red Rose - Love at first sight or I still love you
Single Rose, any color - Gratitude or simplicity
2 Roses - Mutual feelings
3 Roses - I love you
7 Roses - I'm infatuated with you
9 Roses - We'll be together forever
10 Roses - You are perfect
11 Roses - You are my treasured one
12 Roses - Be mine
13 Roses - Friends forever
15 Roses - I'm truly sorry
20 Roses - I'm truly sincere towards you
21 Roses - I'm dedicated to you
24 Roses - Forever yours
25 Roses - Congratulations
50 Roses - Unconditional love
99 Roses - I will love you all the days of my life
108 Roses - Will you marry me?
999 Roses - I love you till the end of time

Love,
Izyan Ismail
P/S: i'm looking for bunga harum sundal malam sebab sangat pelik and wangi teramat sangat..but membazir actually bunga nih..time konvo i got 4 big bouquet...sekarang kat dalam bilik jer but still berbau harum coz i sembur dgn perfume...

Monday, November 8, 2010

Kekasih hati ku seorang Engineer...



betul kekasih saya dulu adalah seorang engineer tapi itu dulu ok..bukan sekarang....memang berbeza antara kekasih Engineer dan Lawyer....memang lain lah tersangat lain kan....mana satu lagi best?? tak nak lah comment itu hanyalah sandaran pada kenangan terindah jer....muahahahah ..sila baca got this from FB.....

......................................................................................................................................................................

Why you should marry an Engineer Let me tell you why girls should eventually marry an engineer over a Law, Management, Arts or Medical School Graduate. He has three distinct advantages over the rest of the graduates.
Advantage 1: Secure lifestyle

An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too.
Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm.
Most management graduates have just failed on their first business plan.
The arts graduate is still looking for a job.
And the medical school graduate is still living in a hospital.

Advantage 2: Unmatchable industriousness
An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work.
You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one.
So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.)
And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.
Unlike the Lawyer who will argue with you.
The Management graduate who will try to control your spending, The Arts graduate who will 'change major'.
And the medical school graduate who will operate on you.
And you know what, it's really so easy to make engineer s believe that You are the 'one'. Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.

Advantage 3: An engineer boyfriend will never betray your trust.
Let me first tell you what is wrong with the rest of the others - The lawyers will lie about everything.
Management graduates will cheat your money.
The arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate.
Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that. Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you. plus they r cooler than the others 

.......................................................................................................................................................................

Love,
Izyan Ismail
P/S: siapa yang ada kekasih engineer memang akan terasa benar dan segalanya adalah benar...tapi korang kalau dah ada kekasih jangan nak mengada-ngada tukar plak..tak baik mainkan hati perasaan orang..hargailah insan yang tersayang..

Saturday, October 30, 2010

kisah Cinta selepas Nikah..



saya dapat kisah cinta nih daripada Facebook..

...........................................................................................................................................................................


Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…
Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.
Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…
Eiiiii…geramnya aku!!!
Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..
”Lah..awat tak tanya…”
Eiii..geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..
Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..
“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”
Eiiii..geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..
Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..
Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…
Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..
“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”
Eiii…geramnya aku!!!
Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,
“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…
Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…
Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!
Eiii…geramnya aku!!!
Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..
Suratnya berbunyi begini:
Kehadapan isteriku (cewahhh..),
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)
Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi
Love,
Suamimu



Love,
Izyan Ismail
P/S: nih mesti kes tangkap cintan dari kecik sang Suami nih...ok lelaki ini sangat sempoi, jenis kelakar, boleh tahan sweet and sangatlah Caring kat wife...mana nak dapat?? kat kedai buku? Starbucks? Mc'D? pusat rekreasi? lagi bagus kalau lelaki nih tetiba jer jatuh dari langit muahahahaha....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails