Tuesday, January 28, 2014

Tea, Coffee or Me










I have coffephobia *new term for 2014*.. Seriously after I drink coffee, I will get migraine and confirm pengsan sepanjang hari... 
But, after kena paksa with my beloved sayang Huda who is coffee addicted, terus jatuh cinta!!! Maybe dah sampai masa umur dah suku abad, terus badan boleh terima coffee... 

At Johor Bahru, we have the best coffee shop in town which is Chaiwalla & Co, super yummy and super murah dari Starbucks.. Seriously, if you come to JB and you anak Johor or you baru nak try coffee just like me you should try coffee at Chaiwalla, their coffee cabin located near to Jalan Dhoby...and for my darlings at KL, don't worry Chaiwalla has open new branch 
at The Curve if I'm not mistaken... 

This year, every week mesti datang sini nak minum Coffee Caramel, and my suggestion will be Coffee Caramel, Original Thai Milk Tea, 
and Smoothies Vanilla...
*ini bukan post sponsor okey, ini luahan hati seorang peminat kopi 
baru nak naik*...

Unfortunately, they don't have WiFi, so jadi macam tok ayah, tok mak, tok ngah, tok chik kita lepak warung kopi bersembang sampai kedai tutup... Wiwiwiwi... 

I'm wearing Printed Shawl and Dian Palazzo..all from Noona Lace

Love,
Super Daughter





Tuesday, December 31, 2013

Recap 2013




1. Got ipad 4 as present for flying colours result in final sem master.2. Alhamdulillah Graduated with a master degree of mass communications. 



3. First time vote for general election, tersangat excited time ni. 




4. Alhamdulillah I've launch my own online boutique which is @noonalace ... Dari dulu nak sangat ada online boutique and finally you come to me.



5. Move on after 3 years waiting and waiting... Sangat susah but I love my self more.. Enough is enough..  



6. Master in baking red velvet cakes, pavlova, tiramisu, and of course my famous kimchi yang tersangat hits for my blogs .. Alhamdulillah itu pon rezeki. 






7. This year tak banyak holiday.. Just short holiday kuantan, cameron highland, and desaru. 






8. Ended this year with jalan- jalan cari makan at JB with my darling @nurulhudamohamed 





Thanks 2013 for being so nice to me and also sangat jahat coz my expectations is very high and you ruin it!!! But pasti ada hikmahnya. 

Yang pasti this year my happiness moments are my master graduation ceremony and the launch of @noonalace 

Syukran Jazillan to my family, my bff, strangers, yang kecewakan saya, tapi awak buat saya kuat!! 

Countdown for 2014!! 
  

Monday, November 11, 2013

Weekend gateway: Melaka



Weekend gateway with the family at Melaka!!! Wiwiwiwiw..excited sebab last pergi melaka tahun 2011. Road trip dengan zetty, wani and laki wani. Dah lama sangat tak pergi Melaka walaupon Melaka sebelah je negeri Johor.
Actually, I pergi Melaka sebab nak bertandang ke majlis perkahwinan bff kita Tan Sri Acap dah jumpa puan sri!! 


Selamat Pengantin Baru Acap and Sai!!! Semoga kekal bahagia till jannah..kepada Acap, semoga menjadi suami mithali yg menjadi imam keluarga memimpin ke jalan menuju syurga, kepada Sai, semoga menjadi isteri solehah yang taat kepada suami, dah kahwin kena pentingkan suami dari yang lain..and selamat buat Acap tambah demuk hehehe...Amin!!! 

Actually, pergi wedding tu alasan utama...alasan yang wajib untuk jalan-jalan cari husband, okey salah jalan- jalan je... First place nak pergi after wedding is serang klebang coconut shake bomb bomb....
Ya Ampun sangat sedap, datang melaka wajib minum Klebang coconut shake kat tepi jalan je..5km from Bandar hilir. Masuk je kereta dah terjerit-jerit kat belakang "ayah, kakak nak klebang coconut shake bomb bomb!!" ...

Tapi, my ayah bawa pergi tempat lain, masjid selat melaka or masjid terapung, memang best solat kat sini macam kat Jeddah masjid terapung...feeling solat tepi laut...

After solat, ambil angin laut..lupa nak snap pic sebab asyik teringat Klebang Coconut Shake bomb bomb!! 

Muka lega and puas hati dapat klebang coconut shake bomb bomb lepas beratur panjang!!! 1 cawan RM2.50 je...murah!!! Ada banyak isi kelapa and ice cream ...yummsss 

Then, mama nak jalan-jalan kat bandar hilir, nak shopping cencaluk kat dataran pahlawan...shopping cencaluk u alls...kita pon lepak kat a famosa, tapi kejap je after few snap pic, ayah pening kepala...dah ayah je hero drive, I nak drive, tak bagi...padahal anak perempuan dia dah biasa drive lone ranger Shah Alam - JB...stop kat rnr ayer keroh melaka ...record terlaju 3 hours 15 minutes....

Romantika Haji and Hajah



Anak kesayangan a.k.a super daughter 

Luaskan kuasamu Johor!!!

Yang belakang tu tourist from China, lepas I snap pic diorang terus serbu me nak snap pic together, sebab I'm the only person wearing baju traditional...wiwiwiwi...

Bag kesayangan...

Me and my mum je pakai baju traditional dari kenduri terus jalan jalan kan...after snap pic tetiba ada tourist from china nak snap pic with me...hahahaha feeling celebrity...lupa nak suruh alip snap pic with tourist yang snap dengan kita...

Okey tips nak pergi melawat muzium sejarah di malaysia, sila pakai baju traditional...prefer baju kurung, so nanti feelinglah ramai tourist nak snap pic macam celebrity...sekali sekala u alls nak feeling celebrity...nak jadi celebrity memang tak ada harapan...bakat tak ada!!! 

Last sekali penutup trip...dinner at medan selera crystal bay, umbai..specific kat Haji musa..gerai yang kat tengah...thanks to Ucu and Mak usu belanja for dinner...muaahhh 


1 bungkus nasi lemak campur nasi biasa tak ingat berapa senduk, lidi tu untuk udang bakar, kupang berlonggok, ikan bakar, sotong goreng tepung...perut kenyang hati girang... 
Sorry, tak ada pic sebelum makan..sebab dah lapar sangat...tak ada maknanya aku jadi orang cacat mental camera didahulukan, kebulur sampai gastric..A BIG no!!!

Next destination, tak tahu, tak plan lagi...

Love 
Super daughter.

P/s: i dah tukar identiti from Yan Ismail to Super daughter, sebab menjaga privacy, feeling celebrity sangat...nanti dah kahwin jadi super wife. Dah ada anak super mum, dah ada cucu super nanny..kelas!!! 
















Wednesday, October 30, 2013

Sepenuh hati memendam

*google* 

Bila hati dipersimpangan dilema, 
Hati dah buat keputusan, tapi mulut mesti confirm cakap lain.
Alasannya nak jaga hati sendiri, jaga hati dia, jaga hati family, jaga hati kawan.
Walaupon sendiri rasa sakit hati, sendiri rasa termimpi, sendiri rasa merindu separuh mati.
Tapi tetap mulut cakap lain.

Bukan sebab tak nak jujur tapi sebab ego terlampau tinggi.
Lagi satu aku bukan jenis perigi cari timba, yang jenis menggeletis menggedik.
Di sana senyap, kita senyap... 
Di sana msg baru kita msg.
Itu prinsip aku,

Aku jenis yang memang tak pandai mengorat lelaki in real life.
Tapi kalau bab plan nak mengorat untuk orang lain memang hebat.
Diri sendiri macam rasa kaku.
Giler apa kau nak cakap "I love u" kat lelaki dulu??

Walaupun dah banyak kali aku diam.
Dan banyak kali aku tengok je orang yang aku suka terlepas.
Tapi aku senyum je.
Sebab aku jenis dia dah bahagia pon aku dah puas.
Mungkin ini bukan dinamakan cinta.
Mungkin ini namanya okey aku suka kat kau sangat
Sebab kalau Cinta kau pergi mesti kau frust kan.
Tapi jujur aku tak frust menonggeng, aku happy je tengok orang yang aku suka 
Bahagia..

Aku jenis kena tunggu orang start dulu.
Sebab aku tak nak nanti kemudian hari, anything happen aku yg dipersalahkan.
"Awak yang nak kahwin ngan saya kan jadi terima lah apa yang awak dapat"
Macam drama melayu kita selalu tonton kt TV.
Tak nak,
Aku tak nak macam tu, nauzubillah!!! 
Sebab aku akur lelaki jiwanya keras,
Hitam kata dia hitam lah..tak akan jadi pink, mint green, orange etc...

Aku faham dalam dunia kita mana ada jenis yang fairy tale kisah snow white, cinderella etc,
Cinta itu sempurna,
Tak ada!!!
Aku faham...
Ketidaksempurnaan itu menyempurnakan cinta kita.

Entry yang lepas aku dah cakap confirm aku dan si dia tak ada jodoh,
Tapi sebab aku marah sangat, aku kecewa, aku sedih.
Bila aku dan dia senyap.
Aku banyak fikir pasal aku dan dia.
Mungkin aku boleh tunggu dia,
Mungkin dia terbaik untukku.
Sebab dia terima aku seadanya.
Hati aku rasa macam tu,
Sebab kalau aku marah, aku gedik, aku nak manja, aku nak bagi ceramah ustazah pilihan,
Semua dia okey and tak pernah menganjingkan aku,
Tapi aku tak pernah menangis depan dia,
Ada jodoh nanti dia nampaklah air mata jantan aku.
Sebab aku memang susah nak nangis...
Tapi kalau tengok drama korea, hindustan yg family movie.
Confirm air mata meleleh je. 

Kawan aku cakap,
Nanti bila dia tak ada perempuan nak dia,
Dia datang kat kau..
Maksudnya, bila orang lain dah tak nak kat dia,
Baru dia nak kat aku,
Itu aku tak pasti, tapi ada jugak betul cakap kawan aku
Sebab aku rasa macam aku ni second option untuk dia,

Aku mengaku bila bab cintan cintun ni,
Confirm aku bodoh, jahil, bangang!!!
Aku tak cukup ilmu pasal cinta mencintai.
Aku tak cukup pengalaman bercinta...
Tapi kalau nak kira jumlah ex adalah sebelah tangan je...
Tapi yang ex tu aku anggap kisah hujan gerimis dalam hidupku.
Setiap kali aku putus,
Mesti aku bertukar jadi yang lebih baik.
Itu mungkin hikmah ramai ex....
*Okey tak ada kaitan*

Aku dah buat keputusan,
Aku akan menunggu selagi termampu,
Tapi kalau ada yang lebih baik datang aku berserah pada Allah.
Yang pasti aku masih merindu dia.
Kalau ada jodoh adalah, 
Kalau tak ada aku redha...

To my dear yg I sayang sangat, I know you read my blog,
Itu je isi hati yang i pendam tak mampu nak ucap.

"Good things take time" 
Love,
Yan Ismail

Friday, October 25, 2013

Resepi lasagna



Kalau orang yg kenal aku, mesti tahu aku ni jenis tak cerewet kalau bab makan. 
Semua boleh, malay, indian, chinese, western, korean, japanese etc...segala macam makanan yg belum aku try mesti nak try. Asalkan jangan pedas sebab perut aku jenis manja kalau terlampau pedas confirm camping dalam toilet. Kalau korean foods if dia tulis kat menu spicy jangan nak menggatal nak try. Sebab confirm memang pedas yg amat!!! 

Mukadimah gedik nak panjang, okey straight to the point, aku nak share resepi lasagna paling sedap and paling senang. Haruslang senang kan, tak ada maknanya aku nak menyusahkan diri nak masak beriya sangat. Entri ni aku anggap u all pandai masak jenis yg main campak je macam aku sebab aku jenis masak memang main campak je nak banyak mana bahan- bahan ni. And entri ni memang tak banyak gambar. Minta maaf eh u all nak share resepi tapi gambar pon tak banyak.

Bahan layer sos daging
Bawang putih 
Bawang merah
Daging kisar
Tomato
Cendawan
Lada benggala
Sos prego
Oregano
Black pepper
Chilli powder ( sebab nak pedas sikit) 
Garam
Secukup rasa maggi 

Cara nak masak sos daging
1. Tumis bawang putih, bawang merah sampai garing.
2. Masuk daging kisar tunggu sampai daging kisar masak.
3. Masuk tomato, cendawan, lada benggala kacau sampai dia layu.
4 masuk sos prego nak sedap letak 1 tin sos prego utk 250g daging kisar.
5. Seasoning dengan oregano, garam, black pepper, secukul rasa..and rasalah nak pedas letak chili
6. Tutup api
Sos daging ni boleh makan dengan spaghetti so terhasillah spaghtti bolognese. Senang kan.

Bahan layer sos putih.
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan fresh milk / full cream/ uht semua pon boleh
Chedder cheese or cheesedale
White pepper
Garam

Cara nak masak sos putih.
1. Cairkan mentega and campur dengan tepung gandum kacau sampai sebati
2. Campur fresh milk and kacau sampai pekat.
3. Campur cheedar cheese, aku letak 3 keping cheesedale.
4. Seasoning dengan white pepper and garam kacau.
6. Tutup api.
Sos putih ni boleh guna untuk buat macaroni cheese, and semua resepi pasta yg nak campur dengan sos cheese. 

Kepingang lasagna 


Meh sini aku bagi tips nak buat lasagna sedap.
Kepingan lasagna ni walaupon tulis oven ready. Tapi u all still kena masak dengan air panas macam masak spaghetti tu tapi sekejap je dalam 3minit, bagi dia lembut.
And JANGAN masuk sekali banyak nanti melekat.
So masuk sikit- sikit ye..memang jenuh lah kan..
What to do, nak makan sedap kena berusaha.
Kalau malas order je lasagna kat kedai.lallalala

Cara nak lapis lasagna.
1. First layer susun kepingan lasagna yg u all dah masak
2. Second layer, letak sos daging
3. Third layer, letak sos putih.
4. Ikut step first and final mesti sos putih.
5. Layer yg last tu u all tabur dengan mozarella cheese. Nak sedap tabur banyak cheese!!

Masuk dalam oven 180C untuk 30 minit. Ikut oven masing- masing.
Yumssss 


Selamat mencuba
Macam biasa,tak faham sila tanya

Love,
Yan Ismail.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails