Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha dari kami anak perantau di Negeri Sendiri....


Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan muslim dan muslimah yang berada di Malaysia, Mekah, Singapura, Indonesia, Russia, Jepun, Australia, New Zealand, USA, UK, dan semuanya...terutama kepada Ma and Ayah yang berada di Mina, malam nih melontar jamrah...love u both...tanpa ku sedari Air Mata ku mengalir...T_T

menu air tangan anak dara a.k.a Puteri Terbuang Izyan...

Nasi Ayam Honey Madu 4 Poligami =P

Puding Kastard berkuah with Nata de Coco..actually letak buah tapi kitorang tak suka buah...muahahaha

kepada sesiapa yang tidak balik kampung bertemu ayahanda dan bonda sila baca ini...

Love
Izyan Ismail
P/S: mak tiru menu jugak..muahahaha...sayang Mak muaaahhhh...sepatutnya Raya kat kuantan tapi ubat Alif dah habis stok kena ambil kat HSA... so terpaksa lah Raya kat JB...kawan ma and Ayah tanya..Atok and adik beradik Ayah kat Segamat tak turun sini ker??siapa nak jawab tuh...yang saudara sini pon tak call ajak datang rumah...kawan Ma yang ramai call ajak datang rumah beraya....

Tuesday, November 16, 2010

perginya seorang Sahabat, Qari dan Pemimpin..


Al-Fatihah buat sahabat ku Allahyarham Zulhilmi yang meninggal dunia semalam...berita di dini..Qari Johor Maut kemalangan... allahyarham merupakan sahabat dari SMKAJB ..pernah sekelas dengan arwah semasa tingkatan 1..saya juga bersama Arwah menyertai kelas Kemahiran Al-Quran..sama2 belajar taranum, qiraat, tajwid, tafsiran Al-Quran....

arwah merupakan seorang yang sangat baik, suka membantu orang, suka merapatkan silatul rahim seperti selalu mengadakan reunion...tidak pernah menyakiti hati orang..apabila beliau mengalunkan azan, bacaan Al-Quran seperti sangat-sangat syahdu, lemak merdu alunan suara arwah masih terngiyang-ngiyang diingatan..kali terakhir betemu dengan arwah pada 2 tahun lepas dan arwah menyapa saya...ketika itu saya baru pulang dari mengerjakan Umrah..bertanyakan khabar dan bagaimana keadaan di Madinah dan Mekah? dan arwah berkata amat rindu dengan Madinah dan Mekah...

saya amat terasa dengan pemergian arwah..walaupun kami tidak rapat..tetapi perlakuan arwah amat disenangi...apatah lagi ibu bapa kami berada di mekah mengerjakan Haji...semoga Ibu Bapa Arwah tenang dan tabah ketika mengerjakan haji...banyakkan bersabar dan redha kan lah perginya seorang anak yang sangat mentaati perintah Allah..nasyid ini pernah dinyanyikan oleh arwah untuk kita semua semasa berada di SMKAJB....buat arwah dan teman-teman SMKAJB terimalah Teman Sejati..


Love,
Izyan Ismail
P/S: orang yang Baik dan disayangi Allah selalu dipinjam kepada kita dengan sekejap...terima kasih sahabat kerana mengingatkan kematian kepada kami semua..semoga roh Arwah ditempatkan dikalangan orang yang berIman...Al-Fatihah...

Monday, November 15, 2010

BerTUNANG tanpa disedari...


Berhati-hati dalam menyebarkan notes dan menulis notes lagi2 yang melibatkan hukum syariah, sila pastikan ada Dalil Al-Quran dan Hadith sebelum mempercayai sesuatu hukum..sila rujuk Para Ulama' sebelum menjatuhkan hukuman...saya dapat notes ini dari FB..

.......................................................................................................................................................................

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.


Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

.......................................................................................................................................................................


ini adalah summary daripada cermah Ustaz Azhar Idrus..siapakah beliau??boleh rujuk di official website beliau...


jangan senang jatuhkan hukuman..sila rujuk para Ulama' dahulu..mungkin apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Azhar adalah untuk menghalang daripada para couple melakukan banyak dosa..sesungghnya couple tiada dalam istilah Islam..jangan bermain dengan istilah tunang..dan jangan sesekali menjatuhkan hukuman.,..kalau kita cetek ilmu ..sila tanya dengan para Ulama' ..sekarang nih saya perasan FB menjadi tempat untuk share semua dakwah..tetapi anda harus memilih dakwah mana yang benar atau terpesong..jangan sesekali mempercayai dakwah itu jika tiada dalil atau Hadith...sila bertanya dengan para Ulama' mereka juga ada FB dan blog ..antaranya ....

ustaz Zamri ,

ustaz mohd Zawawi,


walaupun anda bertunang atau tidak , batas antara seorang perempuan dengan lelaki yang bukan mahram masih ada..jangan ingat bila sudah bertunang..tunangan anda adalah suami anda..anda masih lagi di bawah penjagaan wali anda ..dan tunangan anda tiada hak dengan anda...hanyalah sebagai bakal suami anda sahaja..jika mahu meminta izin sila minta dengan wali anda bukan Tunang....setelah ijab dan kabul barulah anda di bawah penjagaan mereka...

........................................................................
Daripada Ma’qal bin Yasir katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,

“ Sekiranya seorang kamu dicucuk di kepala dengan jarum besar daripada besi lebih baik daripada menyentuh perempuan yang tidak halal”

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,

“Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah, dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang ia sukai”

-Riwayat At Tabrani-

Love,
Izyan Ismail
P/S: wanita sangat senang masuk syurga dan sangat senang masuk neraka ....


Saya cepat Bosan, Jemu dan Muak..


di sini saya Puteri Terbuang Izyan mengaku yang saya cepat bosan, jemu dan muak dalam segala apa bentuk saya buat...saya tidak akan jemu jika saya mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu benda..sebagai contoh ..saya tak pernah bosan terhadap membaca..berilah novel, majalah, surat khabar or even encyclopedia..saya tak kisah, saya akan baca tanpa banyak soal sebab saya jenis manusia yang ingin tahu terlampau sangat....memang dasar nerd... malahan jika anda berikan saya pengurusan majlis..saya akan menerima dengan senyuman yang sangat melebar sebab saya terlampau suka kan nya..atau pon kerja-kerja PR memanglah tak menoleh ke belakang laju jer .....company representative lagilah membuatkan hati saya tenang, dan tak gundah gelana...even banyak kerja tak ada masa tapi itu yang mebahagiakan kalau dah minat...

Tapi..saya akan bosan, jemu dan muak bila benda yang saya buat memang tak ada minat...contoh..jadi Guru or Lecturer..ya Ampun..memang tak ada minat dan bakat...even ayah cakap..kakak kalau kakak jadi Lecturer senang nanti anak and suami kakak....alamak no way ayah..kakak memang tak boleh mengajar...nanti darah tinggi naik..ceh alasan jer muahahhaha...and jika ada orang paksa saya benda yang saya tak ada minat...hmm tolonglah..jangan paksa yer...biar dia datang dari lahiriah dan hati perasaan nurani yang sangat mendalam...

saya pon cepat bosan dengan lelaki nih...kalau kawan lelaki tak ada plak perasaan bosan..mungkin tak melibatkan hati dan perasaan....memang betul saya tak mengharapkan lelaki sehebat Saydina Ali ..tapi kalau dapat Alhamdulillah....saya hanya mahu mencari lelaki yang sepadan dengan saya ..saya kan tulang rusuk kiri awak..so saya nak lengkapkan tulang kiri rusuk awak yang tak adalah....kalau saya bukan orangnya..sila jangan dekat dengan saya...ceh tetiba macam ada feeling plak yang bakal suami baca blog aku nih muahahahha....kalau baca best juga kan...dia dah tahu perangai bakal isteri dia..senang sikit nak handle bakal isteri dia nih...sebab tuh lah saya sangat memilih..bukan apa ..kita nak teman sampai mati taknaklah sekerat jalan jer kan...bukan macam pakai baju ...main tukar-tukar jer...tak nak lah macam tuh.....

Love,
Izyan Ismail
P/S: entri ini adalah selepas borak dengan acap..bila dia cakap..kau nih cepat bosan lah...nanti asyik tak puas jer...muahahahaa...aku tengah cari lah nih tuan empunya tulang rusuk kiri yang sepadan dengan aku kan...nanti tak adalah BOSAN!!!

Saturday, November 13, 2010

mencari Kasut Tumit Tinggi Merah Jambu...



Simple but look cute..siap ada bow lagi ....



tercantik, menarik memang Hot you alls.....
Tersangat Bomb!!meletup menggegar Dunia..



my Favorite... details with flower and leopard..love..


eh?? but nice bag...tapi nak buat apa bawak bag masuk dewan...menyemak jer...but it's so sexyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Love,
Izyan Ismail
P/S: mencari kasut tumit tunggi merah jambu untuk konvokesyen muahahaha....tapi dah ada kasut pink tapi terbuka nampak kaki..tapi mak cakap bukan nya nak masuk istana pon kena formal..masuk DSB jer..tapi macam nak cari tutup...ok karangan BM failed sebab banyak sangat penggunan tapi...tapi saya suka Awak Kasut Tumit Tinggu Merah Jambu...Love...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails