Seperti yang sedia maklum, saya pernah bersekolah di sekolah paling prestige di Johor selepas sekolah Tun Fatimah iaitu Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA). Ibu Bapa perlu tahu, walaupun anak anda bersekolah di SBP, anak anda tidak terkecuali menjadi mangsa buli. Walaupun, pelajar SBP dikategorikan sebagai pelajar pintar , tetapi bab membuli juga sangat kreatif.
Cerita bermula pada minggu orientasi, bila senior form 5 tahu yang saya dari sekolah menengah kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB). Untuk pengetahuan anda SAMURA cuma ada 2 peringkat Form 4 dan Form 5, so tersangat besar peluang untuk membuli. Pada mulanya saya amat pelik kenapa saya menjadi mangsa buli, rupanya ada kawan beritahu senior form 5 tak puas hati dengan senior mereka dulu which is from my school (SMKAJB) so ini kira revenge la..tapi silap besar sebab mereka revenge kat orang lain..ini Izyan Ismail, awak bermain dengan api, tapi saya hampir tewas selepas 2weeks sekolah saya minta mama pindahkan saya ke sekolah lama sebab tak tahan, tapi mama pujuk...baiklah I face the challenge.
Kes 1
Saya diminta oleh senior kadet polis untuk mengambil sign dari beberapa senior lain, macam biasa kerja senior memang nak membuli junior, so what happen is i've to get sign from abg senior yg popular but I forget his name!!! So bila saya selamba jer minta sign "abg nak sign, kakak fulanah binti fulan mintak sign" ...abg senior tu pon okey jer...rupanya mintak sign dengan abg senior lagi senang dari kakak senior..
Kes 2
Kakak senior tak puas hati sebab saya dapat sign dengan senang, apa jadi senior ni nama Adillah dari Sarjana 7, dia ni cantik pandai, tak tahulah jadi apa sekarang mungkin doctor, engineer, so dia panggil saya suruh taekwando kat dalam dorm dia, you must be crazy woman!!..saya pon taekwando, mereka ketawa dengan senang hati, what happen is saya cakap ada sesiapa nak sparring ( lawan one by one) mereka senyap terus suruh saya balik.
Kes 3
Senior sarjana 7 cakap saya degil so kepala ada batu lah, mereka dah prepare one song for me ..the song's name is "kapla" so setiap kali nampak saya mereka akan nyanyi lagu kapla..seronok tengok mereka nyanyi..what i did is bila mereka nyanyi, i jerit to my friends " korang nak dengar tak dayang2 aku nyanyi lagu untuk aku" my friends aka my classmate ni tahu so diorang pon cakap lah "nak!!!" Terus senyap kakak senior.
Kes 4
Paling tak best bila kena ludah dengan senior, nasib baik tak kena kat badan kalau tak memang ada makan taekwando side kick aku nanti...boleh ke tengah jalan nak pergi toilet, senior sarjana 7 dah siap prepare berdiri tepi pintu nak meludah, nasib baik aku lupa muka korang cuma aku ingat Adilah je lah... Kalau tak memang aku cari semua ....
Kes 5
Masa tunggu waktu maghrib saya tertido kat surau, tetiba ada senior sarjana 5 baling sejadah on my face suruh i bangun, aku tengok kakak tu aku cari nama dia siapa, tinggal kat mana parent kerja apa, bila aku tahu yang dia tinggal kat flat quarters kenanga kat JB ni, aku terus jumpa dia haruslah one to one. Saya cakap " kakak, saya tahu ayah akak kerja apa, saya tahu semuanya pasal akak, jangan sampai ayah akak hilang kerja sebab akak buli saya" ... Fine, terus dia stop buli aku
Kes 6
Still kakak sarjana 7 , diorang ni sebelah dorm aku, so haruslah diorang memang sakit hati jer dengan aku, sebab aku tak pernah menangis depan diorang, anyway what happen is diorang tengah menyanyi lagu kapla sebab nampak aku. Nak jadikan cerita, calculator diorang terjatuh dari tingkat 3 sampai ke bawah tangga tingkat 1... Aku terus jerit "itulan padahnya menzalimi orang"
Kes 7
Tradisi SBP akan minta maaf bila nak dekat SPM, bila tiba turn Sarjana 7, mereka minta maaf dengan aku ... Aku salam aku cakap "dosa akak semua dengan saya hanya Allah yg balas" meraung kakak senior sebab aku cakap macam tu, akhir cerita batch 21 SAMURA terus jatuh pointer SPM dengan sangat teruk!!only 3 students get straight A's... Dah ramai sangat junior korang buli and dah banyak air mata memohon kepada Allah minta pembalasan.
Anyway kita terus pergi tips menghadapi pembuli
1. Tenangkan diri, fikir apa yang perlu anda lakukakan
2. Research kenapa anda jadi mangsa buli
3. Bertindak secara profesional, sila mengadu kepada parents, warden, guru..ASAP
4. Kalau rasa tak tahu nak buat apa sila pura2 pengsan, confirm Insya Allah, senior terus ternganga cuak!!! be the best drama queen!!
5. Mengadu kat kawan2 yg betul kawan bukan jenis bodek senior
6. Kalau anda rasa anda baik dengan senior, sila mengadu dengan mereka, mungkin mereka boleh tolong nasihatkan kawan2 mereka... In my case, i dah mengadu kat my senior dorm, what happen is they ask me to be patient!!memang sakit hati kau suruh aku sabar,bukannya kau nak bela aku kan...
7. Anda tahu anda berdepan dengan siapa, siapa pembuli anda, kenapa dia buli anda, dan confront dia secara privasi... One to one.
8. kepada pelajar lelaki,terus je report kat warden tak payah nak tunjuk hero sangat, or report kat parents, your parents will know what to do.
9. Tak tahulah zaman sekarang pelajar sekolah buli macam mana dah 7 tahun tinggalkan sekolah...jangan pindah sekolah!!awak akan rugi kalau pindah sekolah..
10. Jangan jadi pembuli, bila awak dah jadi senior!!!
So inilah tips menghadapi pembuli di SBP, kalau sekolah lain saya tak tahu sebab sekolah harian biasa lagi teruk kes buli, by the way Be strong!!! By the end you must know, the best revenge is to get flying colours, cari kerja paling best, or business... If you are "somebody" bolehlah cari senior korang.."hello kak, ingat saya?? Dulu yang akak nyanyi lagu kapla and ludah kat saya!!"
XOXO
Izyan Ismail
Pelajar SAMURA batch 22 SPM2005 Pujangga 7