Friday, December 31, 2010
3 Idiots: budak engineer wajib tonton...
Friday, December 24, 2010
Hi UiTM, I'm Back: kisah budak besar masuk sekolah..
minggu depan saya a.k.a budak besar and tak akan sesekali mengaku tua akan pulang ke UiTM..what?? sudah 4 tahun di sana..asasi sudah, Degree sudah, now Master plak..yup, master of kungfu...haiyaaaa (sambil taekwondo)...nak ikutkan I have 3 student card..fuiyoohhh kau ada?? non adoo...bangga ada 3 student card UiTM...okey back to the story Izyan..focus.. bila budak besar ini sudah mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam kehidupan penjara ops..asrama or glamour name hostel..I have tone of list the things I must bring back to shah alam that I love most...yer ker??
ini list I must buy..
1. bantal mesti ada dua..
2. kasut (mengada-ngada ingat kasut sekolah apa)
3. pinky stationary ( mengada-ngada dari tadika semua pink)
4. barang dapur (all diet foods..uwek ..healthy food= tak sedap nak termuntah)
5. personal things (semua yang ada kat watson yeahhhh)
hmm I think only that i will buy..after unpack all the stuff at my new home..buat spot check kejap apa yang tak ada..macam mop ker, getah paip ker..barang-barang nak bersihkan rumah..lari kejap pergi kedai beli....and luckily my house is near to shop..okey Izyan will not using her car to shop..berjalan kaki untuk exercise ...hoi boleh caya ker?? kalau pergi mall mesti nak parking dekat dengan escalator...muahahaha....
Love,
Izyan Ismail
P/S: waiting for Santa Clause to come....the whole year I'm a good kid, Santa....Merry X'Mast..
Tuesday, December 21, 2010
perasan ayu kerna imej shawl yang baru...
yup saya perasan ayu kerna memakai shawl ala hana-Tajima yang diikut oleh Yuna....muaahahhaha....mesti korang tak percaya kan..bukan korang jer..my parent pon tak percaya...adakah anak aku ini ayu kerna mahu kahwin..owh tidak..tiada kaitan yer..even next year I'll be 23..but so what? i'm not ready for marriage..don't want any commitment with any relationship full stop...so after wearing this kind of shawl...rasa tak boleh nak gelak kuat-kuat which I like most...tak boleh nak cakap F words..what the tutttt...are you tuttt...panas baran lagilah kan...terus hilang dibawa tsunami....so to my dear friends if you all nak ubah kepada ayuuuuu....please try this shawl....bila pakai jer terasa macam perempuan melayu terakhir di abad ini....okey stop...sebelum perasaan lebih yer..
thanks to Hana Tajima for this inspiration...memang sangat best because the peeps won't see your neck..tutup aurat kan....
Izyan Ismail
P/S: mak cakap tak nak tudung Ariani lagi ker..nakkkkkkkkk...tapi kakak pakai Ariani dengan baju kurung..or malas nak belit-belit sarung jer Ariani.....
Wednesday, December 15, 2010
Mencari Bilik sewa di Shah Alam ASAP...
Tuesday, December 14, 2010
adore Maysaa Look...
Sunday, December 12, 2010
Hijab Vs Freehair..
Kenapa I BerHijab?
I start memakai Hijab ketika umur 5 tahun masuk tadika Tarbiyah Annur, Taman Kemas JB..memang diwajibkan semua student memakai Hijab..nama pon Islamic kan...tapi hanya di Tadika sahaja I pakai tudung...kalau kat rumah seperti kanak-kanak lain pakai dress, short, if swimming pakai bikini...parent I pon tak adalah kisah kalau I nak pakai tudung ke tak..
masuk sekolah rendah ..lagi best Sekolah Rendah Islam Hidayah..okey tengok nama dah wajib pakai tudung kan...tapi luar sekolah memang tak pakai Hijab...pernah terserempak dengan Ustazah...ambik kau Izyan..dengan rambut yang paras pinggang siap fringe lagi and pakai dress atas lutut..muka selamba macam artis plak tuh tersengih memanjang...tapi Ustazah tuh just borak ma and ayah jer lah..datang sekolah zasss kena tegur...kenapa anti (awak dlm bahasa arab) tak pakai tudung? nak tahu Izyan nih jawab apa...ana belum akil baligh lah Ustazah...muahahaha..kureng punya anak murid...pernah kena banned ngn student lain sebab I tak pakai tudung kat luar...kalau sesiapa terserempak dengan I that time..sampai jer sekolah..dah ada gossip-gossip liar menci menci menci....ana jumpa Izyan pakai dress parat peha, ana jumpa Izyan pakai jeans ketat....amboi suka eh korang mengata aku...tapi masa tuh pekak jer telinga..memang jenis tak nak pakai Hijab pon..pakai time kat sekolah..rambut cantik kan tayang jer lah..memang syaitan kau Izyan....
Alhamdulillah darjah 6 dah akil baligh...ma pon tanya kakak kalau nak pakai Hijab teruskan tapi jangan buka...tapi kalau tak nak pakai pon tak apa..ma tak paksa...okey nak jadikan cerita..bila Izyan sudah puas seksi kan diri pakai macam-macam baju, dress, short dan segala bentuk pakaian....terus terbuka Hati nak pakai Hijab sampai sekarang ...Alhamdulillah...semoga Allah kuatkan Iman amin....
Hijab Vs FreeHair...
I memang ramai sangat kawan ber Hijab dan FreeHair...apa perbezaan mereka..bagi I mereka tiada perbezaan hanya sekadar kain kosong yang menutup rambut daripada dilihat oleh lelaki Ajnabi (lelaki yang boleh dikahwini)....kenapa??..I tengok ramai jer kawan I yang pakai tudung tapi tak solat...tapi I tengok ada jer kawan I yang freehair tapi solat memang lengkap 5 waktu...so nak cakap apa?? ada jer kawan I yang freehair memang rapat giler ngan I respect dengan I..kalau ada lelaki terus diorang cakap Izyan ada kawan datang..pakai tudung taw...diorang yang suruh eh....so macam mana?I pon perasan kalau bab mengumpat perempuan yang tudung labuh nih pon boleh tahan juga eh..kalau tak percaya silalah pergi ke forum atau blog Islam...pernah I terbaca satu forum nih cakap pasal perempuan bertudung memakai Legging...perempuan bertudung labuh ini boleh mengumpat pasal kawan dia yang pakai legging....kakak kalau kakak nak mengumpat lebih baik kakak tegur kawan kakak..dapat kakak pahala...boleh tahan gak diorang nih eh...
kepada kawan-kawan sekalian don't judge book by it's cover...jangan lah bersangka buruk dengan wanita freehair..mereka pon ada hati dan perasaan..mereka respect dengan yang pakai hijab...cuma mereka belum terbuka hati nak pakai Hijab...sebenarnya nak pakai Hijab nih memerlukan dorongan yang kuat daripada keluarga, teman-teman rapat dan sekeliling...kalau ramai yang menyokong pasti mereka akan kekal berHijab..ini tak ada yang nak try pakai Hijab..boleh cakap alah tak sampai berapa bulan mesti buka balik...kenapa cakap macam tuh..sepatutnya berilah dorongan kepada kawan yang nak pakai Hijab...yang penting hati kena Ikhlas dan selalu berdoa kepada Allah untuk berubah kepada yang baik yer...
Love,
Izyan Ismail
P/S: Kalau kita berkira-kira naik ikut perintah Allah ..Allah pon berkira-kira nak makbulkan permintaan kita...janganlah bersangka buruk dengan sesiapa..semuanya Makhluk Allah..kita bukan tuhan nak judge sesiapa....
Saturday, December 11, 2010
kipas susah mati Korean Drama...
seat back relax and enjoy the video....
One day, she comes across Dong-chan. He makes Hye-na to do community service, kidnaps her, and now appears in front of her as the new household manager! Hye-na makes every effort to throw him out from the Castle, but this guy has tenacity in him!
Saraghae,
Izyan Ismail
P/S: dalam filem nih pon hero and heroin susah nak luahkan cinta...but I like..makin susah nak luahkan makin mendalam cinta kita kat seseorang....
konvokesyen 2010: permulaan segalanya...
Wednesday, December 8, 2010
Masih Setia nukilan Aisya Sofea..
Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.
Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?
Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?
Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?
Tuesday, November 30, 2010
Burung yang Comel dan Kejam...
Friday, November 26, 2010
Tidur untuk Jelita ....
Wednesday, November 24, 2010
Mengelakkan mati muda sebab stress...
Anyway kepada Mama and Ayah yang paling saya cintai di dunia ini...please kakak nak vacation..kakak boleh mati kalau tak pergi vacation sebelum kakak sambung study....pleaseeeeeee....(okey mama pun cakap drama lah kakak nih)...tapi ini serious ma...kakak sangat stress bila fikir macam-macam...ceh dah macam PM plak ..cik Izyan nih fikir masalah negara ker??...oklah sila hantar kakak ke ...tadaaaaaaaa
eh silap-silap ini nak honey moon ngn Cik Abang Bakal Suami terchenta.... ceh sebenarnya hint kat bakal suami..if dia baca blog aku...
shopping kat Bandung..yeah!!!!!! ok membazir duit...lebih baik beli BB kan..tapi shopping wey ..memang best lah..eh izyan lupa ker..Ma dah beli macam-macam kat Madinah untuk awak...okey tak jadi ..sorry Bandung nanti kita ketemuin lagi ya..(feeling nak cakap Indon plak)
Sipadan Island...bestnyer..Saya Suka Awak ..Saya Suka Awak...Saya Suka Awak...boleh snorkeling..wah sangat mendamaikan jiwa hati nurani...sangat-sangat best..tolonglah....ceh muka dah berseri-seri nih nak minta budget from Ayah...
disebabkan kakak adalah anak ayah yang paling Ayah sayang dan memahami poket ayah...pulau tioman pon jadilah..asalkan kakak boleh snorkeling..pleaseeeeeeeeee....mesti Ayah cakap...sekarang musim ketujuh wahai puteri intan payung,,,,alah!!!!!!!!
P/S: Alhamdulillah Ma and Ayah will come back on Saturday yeah!!! direct flight from Jeddah to Senai Airport...wah best best best...heart...
Tuesday, November 23, 2010
Pulang ke UiTM Shah Alam tanpa Dipaksa...
aktiviti melepak di PakLi menjadi pilihan..lihat muka yang macho semua yang tengah menahan lapar..hampir-hampir nak serang Dapur sebab terlampau lambat..nasib baik semua nih dah lama tak jumpa..so asyik tanya khabar diri, bf, tunang, suami, anak, baby dalam perut, scandal..eh melampau kat sini pon nak gossip gak ker....memang best pon...bising weekend saya dengan awak semua kan...yeah!!
perempuan di atas telah menjana ekonomi negara apabila mereka tidak berhenti shopping..Jakel>Ariani>SACC mall...alamak...nasib baik kat Vincci tak ada size..kalau tak memang aku borong eh..Jealous ngn Kak fifi...kenapalah kaki dia besar and kaki saya size Cinderella....kalau Cinderella ...mana Prince Charming??adakah awak yang sedang baca blog saya..iyer awak...ok ini terpengaruh ngn Fiza biler dia couple dengan blogger...hoi Izyan..kau nak juga ker couple ngn Blogger...nak2 ...cit berangan...
Love,
Izyan Ismail
P/S: kenapa tak tayang pakai Jubah Konvo? sebab tunggu konvo I lah baru official cket kan..lalalala....
Wednesday, November 17, 2010
Salam AidilAdha dari kami anak perantau di Negeri Sendiri....
menu air tangan anak dara a.k.a Puteri Terbuang Izyan...
Nasi Ayam Honey Madu 4 Poligami =P
Puding Kastard berkuah with Nata de Coco..actually letak buah tapi kitorang tak suka buah...muahahaha
kepada sesiapa yang tidak balik kampung bertemu ayahanda dan bonda sila baca ini...
Tuesday, November 16, 2010
perginya seorang Sahabat, Qari dan Pemimpin..
Monday, November 15, 2010
BerTUNANG tanpa disedari...
Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:
Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.
Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.
Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.
Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.
.......................................................................................................................................................................
ini adalah summary daripada cermah Ustaz Azhar Idrus..siapakah beliau??boleh rujuk di official website beliau...
jangan senang jatuhkan hukuman..sila rujuk para Ulama' dahulu..mungkin apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Azhar adalah untuk menghalang daripada para couple melakukan banyak dosa..sesungghnya couple tiada dalam istilah Islam..jangan bermain dengan istilah tunang..dan jangan sesekali menjatuhkan hukuman.,..kalau kita cetek ilmu ..sila tanya dengan para Ulama' ..sekarang nih saya perasan FB menjadi tempat untuk share semua dakwah..tetapi anda harus memilih dakwah mana yang benar atau terpesong..jangan sesekali mempercayai dakwah itu jika tiada dalil atau Hadith...sila bertanya dengan para Ulama' mereka juga ada FB dan blog ..antaranya ....
walaupun anda bertunang atau tidak , batas antara seorang perempuan dengan lelaki yang bukan mahram masih ada..jangan ingat bila sudah bertunang..tunangan anda adalah suami anda..anda masih lagi di bawah penjagaan wali anda ..dan tunangan anda tiada hak dengan anda...hanyalah sebagai bakal suami anda sahaja..jika mahu meminta izin sila minta dengan wali anda bukan Tunang....setelah ijab dan kabul barulah anda di bawah penjagaan mereka...
Saya cepat Bosan, Jemu dan Muak..
di sini saya Puteri Terbuang Izyan mengaku yang saya cepat bosan, jemu dan muak dalam segala apa bentuk saya buat...saya tidak akan jemu jika saya mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu benda..sebagai contoh ..saya tak pernah bosan terhadap membaca..berilah novel, majalah, surat khabar or even encyclopedia..saya tak kisah, saya akan baca tanpa banyak soal sebab saya jenis manusia yang ingin tahu terlampau sangat....memang dasar nerd... malahan jika anda berikan saya pengurusan majlis..saya akan menerima dengan senyuman yang sangat melebar sebab saya terlampau suka kan nya..atau pon kerja-kerja PR memanglah tak menoleh ke belakang laju jer .....company representative lagilah membuatkan hati saya tenang, dan tak gundah gelana...even banyak kerja tak ada masa tapi itu yang mebahagiakan kalau dah minat...
Tapi..saya akan bosan, jemu dan muak bila benda yang saya buat memang tak ada minat...contoh..jadi Guru or Lecturer..ya Ampun..memang tak ada minat dan bakat...even ayah cakap..kakak kalau kakak jadi Lecturer senang nanti anak and suami kakak....alamak no way ayah..kakak memang tak boleh mengajar...nanti darah tinggi naik..ceh alasan jer muahahhaha...and jika ada orang paksa saya benda yang saya tak ada minat...hmm tolonglah..jangan paksa yer...biar dia datang dari lahiriah dan hati perasaan nurani yang sangat mendalam...
saya pon cepat bosan dengan lelaki nih...kalau kawan lelaki tak ada plak perasaan bosan..mungkin tak melibatkan hati dan perasaan....memang betul saya tak mengharapkan lelaki sehebat Saydina Ali ..tapi kalau dapat Alhamdulillah....saya hanya mahu mencari lelaki yang sepadan dengan saya ..saya kan tulang rusuk kiri awak..so saya nak lengkapkan tulang kiri rusuk awak yang tak adalah....kalau saya bukan orangnya..sila jangan dekat dengan saya...ceh tetiba macam ada feeling plak yang bakal suami baca blog aku nih muahahahha....kalau baca best juga kan...dia dah tahu perangai bakal isteri dia..senang sikit nak handle bakal isteri dia nih...sebab tuh lah saya sangat memilih..bukan apa ..kita nak teman sampai mati taknaklah sekerat jalan jer kan...bukan macam pakai baju ...main tukar-tukar jer...tak nak lah macam tuh.....
Love,
Izyan Ismail
P/S: entri ini adalah selepas borak dengan acap..bila dia cakap..kau nih cepat bosan lah...nanti asyik tak puas jer...muahahahaa...aku tengah cari lah nih tuan empunya tulang rusuk kiri yang sepadan dengan aku kan...nanti tak adalah BOSAN!!!
Saturday, November 13, 2010
mencari Kasut Tumit Tinggi Merah Jambu...
Izyan Ismail
P/S: mencari kasut tumit tunggi merah jambu untuk konvokesyen muahahaha....tapi dah ada kasut pink tapi terbuka nampak kaki..tapi mak cakap bukan nya nak masuk istana pon kena formal..masuk DSB jer..tapi macam nak cari tutup...ok karangan BM failed sebab banyak sangat penggunan tapi...tapi saya suka Awak Kasut Tumit Tinggu Merah Jambu...Love...